Polis akan mohon reman Namewee pagi ini

Polis akan mohon reman Namewee pagi ini

Polis akan mohon reman Namewee pagi ini
Namewee akan direman pagi ini bagi membantu siasatan kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan bulan lalu

KUALA LUMPUR: Polis akan memohon reman terhadap pengarah filem dan penyanyi, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, 42, bagi membantu siasatan kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sini, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam, mengesahkan Namewee akan direman pagi ini.

“Untuk makluman Namewee akan direman pagi ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media hari ini melaporkan Namewee menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi malam tadi.

Namewee yang memuat naik status di Facebook berkata, dia baru tiba di Kuala Lumpur dari Johor Bahru.

Menurutnya, dia hadir ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan polis dan memberi keterangan.

Semalam polis mengesahkan siasatan menyeluruh berhubung kematian pempengaruh wanita warga Taiwan, berusia 31 tahun dijalankan daripada pelbagai sudut termasuk kemungkinan menahan Namewee.

Ia berikutan Namewee adalah individu terakhir yang berada bersama mangsa ketika kejadian.

Pempengaruh itu ditemui mati dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, di sini, pada 22 Oktober lalu.

Polis akan mohon reman Namewee pagi ini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker