Dalam gusti, bukan tanjak dan hijab, kewangan jadi halangan
Dalam gusti, bukan tanjak dan hijab, kewangan jadi halangan
Perkenalkan Ayez Shaukat Fonseka dan Nor ‘Phoenix’ Diana.
Mereka penggusti tempatan berpakaian Melayu dan hijab apabila turun gelanggang – terkenal di persada antarabangsa, dan kini dalam misi mempopularkan sukan ekstrem itu di tanah air.
Shaukat mula menempah nama di Hollywood setelah dipilih beraksi dalam rancangan televisyen gusti popular di Amerika Syarikat.
Manakala Diana ialah anak didik dan bakat yang dicungkil oleh Shaukat menerusi kelas gusti yang dikendalikannya di Kuala Lumpur sejak tahun 2014.
Ayez Shaukat Fonseka mencuri tumpuan banyak pihak selepas muncul bertanjak dan berjaket songket dalam rancangan The Reality of Wrestling di saluran CW di Amerika Syarikat
Setelah “berjaya” mengukir nama sebagai ahli gusti disegani di Amerika Syarikat, Shaukat mahu menggunakan pengalamannya untuk meyakinkan pelbagai pihak, termasuk kerajaan, mengenai potensi besar sukan gusti dikembangkan di Malaysia.
Malah, beliau yakin, sukan itu menawarkan sumber pendapatan lumayan untuk ahli gusti tempatan, dengan syarat ia mendapat sokongan kerajaan dan sektor swasta, bagi menaja mereka selain mempromosi sukan itu, contohnya dengan penubuhan kelab-kelab gusti dan penganjuran pertandingan.
“Kalau kita (ahli gusti) ada semangat juang tinggi tetapi tiada sokongan kewangan memang susah hendak bertahan lama, sebab itu ahli gusti di Malaysia datang dan pergi.
“Tetapi kalau berjaya ke peringkat lebih besar di luar negara atau keluar rancangan televisyen sana, bayarannya memang Alhamdulillah, memang seronok,” katanya.
Pada 2014 beliau menubuhkan kelas gusti di bawah jenama APAC Wrestling yang ketika itu hanya mempunyai empat pelatih dan beroperasi tanpa sokongan kewangan mana-mana pihak lain.
Namun, antara permata gusti yang dicungkil menerusi kelas itu ialah ahli gusti wanita berhijab pertama di dunia, Diana.
Pada usia 20, anak kelahiran Kuala Lumpur itu memenangi kejohanan Gusti Pro Malaysia Wrestlecon (MyPW) pada tahun 2019 dan kini mengintai peluang untuk beraksi di pertandingan antarabangsa.
Diana juga disenaraikan dalam Forbes 30 Asia 2020 yang merangkumi 300 usahawan muda, pemimpin dan pencetus perubahan di seluruh Asia di bawah usia 30 tahun.
Nor ‘Phoenix’ Diana, disenaraikan dalam Forbes 30 Bawah 30 Asia 2020
Shaukat sendiri terpilih menyertai rancangan terkenal Hollywood berjudul ‘Reality of Wrestling’, yang diterbitkan oleh juara gusti dunia enam kali dan legenda World Wrestling Entertainment (WWE), Booker T. Program itu disiarkan di saluran televisyen Amerika Syarikat, The CW.
Penampilan beliau di gelanggang dengan memakai tanjak dan jaket songket yang sinonim dengan budaya Melayu berjaya menambat penonton di negara Uncle Sam itu, sekali gus memperlihatkan potensi sukan itu di Malaysia sendiri jika memperoleh sokongan kerajaan dan swasta.
Penampilan Shaukat turut menarik perhatian dua legenda WWE, Stone Cold dan The Undertaker. Secara kebetulan, Booker atau nama sebenarnya Robert Booker Tio Huffman, juga adalah individu yang menasihatinya untuk membuka kelas gusti pertama di Malaysia.
Menurut Shaukat, jika sebelum ini cadangannya untuk menyiarkan pertunjukkan gusti tempatan ditolak stesen televisyen dan penyedia platform digital, namun kini layanan yang diterimanya berbeza apabila pihak terbabit mula menunjukkan minat.
Namun, minat itu masih belum diterjemahkan dalam bentuk sokongan yang membolehkan sukan gusti dipopularkan secara besar-besaran.
“Ahli gusti sudah lama berjuang untuk cuba dapat sokongan daripada kerajaan. Setiap kali ‘viral’ (pertunjukan ahli gusti tempatan) akan ada menteri dan ahli politik hendak jumpa kononnya hendak sokong.
“Tetapi selalunya selepas beberapa bulan akan diam, tiada apa-apa,” katanya.
Sementara itu, Diana yang menjadi anak didik Shaukat sejak tujuh tahun lalu berharap impiannya untuk beraksi di WWE bakal tercapai.
Ujar Diana, dia dan ahli gusti lain terpaksa mengumpul dana sendiri untuk terbang ke luar negara bagi menambah ilmu serta mengembangkan kerjaya, memandangkan pasaran itu hampir tiada di Malaysia.
Seperti jurulatihnya, beliau juga berharap kerjaya sebagai ahli gusti profesional diterima rakyat negara ini sekaligus membuka peluang lebih besar untuk sukan itu bertapak di tanah air, seperti mana di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.
“Saya sekarang adalah seorang ahli gusti profesional sepenuh masa. Saya punya impian memang nak ke pentas gusti yang lebih besar seperti WWE.
“Sekarang saya memang selalu kerja dan pergi gim, buat latihan dan bagi sepenuhnya usaha sebab saya tahu bukan mudah nak ke sana. Ramai orang yang perlu saya tandingi. Saya rasa tak mustahil saya nak ke sana,” katanya. FMT
Dalam gusti, bukan tanjak dan hijab, kewangan jadi halangan
Baca Artikel Menarik:
- Mahkamah Persekutuan digesa siasat sikap ‘berat sebelah’ Nazlan ‘ganggu perbicaraan adil’
- Status Perkahwinan Noor Nabila Dan Engku Emran Akhirnya Terjawab
- Wanita Dakwa Anak Azhar Sulaiman Ada Hubungan Sulit Dengan Suaminya
- Aliff Syukri Kantoi ‘Upload’ Gambar Ubat Orang Lain Di Media Sosial
- Ismail cabar atlet SUKIPT catat rekod kebangsaan, ganjaran menanti
- Aliff Syukri lakukan Kak Long 7E seperti binatang – Netizen (Video)
- Serang pembangkang, bukan ‘tembak kaki sendiri’ – Ismail
- Ronaldo buat perangai lagi
- Kenapa tak desak siasat projek lebuh raya lewat P Pinang, Najib soal DAP
- Polis tunggang Benelli maut rempuh BMW
- Muay Thai Ambang Merdeka 2022: Petinju Thai maut selepas terima pukulan ‘KO’
- BN kalah, saya letak jawatan – Tok Mat
- Pak Long Jamil Sudah Tiada
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.