Takkan PAS nak bekerjasama dengan itik patah kaki?
Takkan PAS nak bekerjasama dengan itik patah kaki?
Alor Setar: UMNO Kedah menolak sebarang kerjasama bersama PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berikutan berhajat kembali berkuasa dan memerintah negeri itu.
Ketua Komunikasi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata penolakan itu bukan bermakna UMNO sombong atau tidak suka akan penyatuan, sebaliknya ia mempunyai asas yang jelas dan konsisten.
Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok berkata, penyatuan harus mempunyai niat dan sebab yang baik dan bukan semata-mata kerana hendak kekal berkuasa atau mahu menang lebih banyak kerusi.
“UMNO ini parti politik. Ada pengalaman memerintah. Jadi, saya tidak akan berdolak dalih atau segan silu mengakui, kami memang berhajat untuk kembali berkuasa dan memerintah. Parti politik mana yang tidak mahukan itu?
“Tetapi, kami masih ada prinsip. Janganlah kita ini berpakat hanya kerana kuasa. Janganlah kita ini berpeluk dan berdakap hanya apabila tiba musim pilihan raya. Di mana nilai perjuangan dan pendirian? Di mana contoh teladan yang baik kepada rakyat?
“UMNO Kedah tidak rasa itu cara yang betul. Jika kita hendak berbaik-baik dan menyatukan kekuatan, lakukanlah kerana rakyat. Lakukan dengan konsisten dan bukan bermusim,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sabtu lalu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, ketika melancarkan jentera PAS Kedah, menganggap UMNO sebagai parti yang tidak sekuat dahulu, namun boleh menumpang kekuatan PAS di negeri itu.
Shaiful Hazizy berkata, sikap dolak dalik PAS dapat dilihat apabila parti itu enggan bekerjasama bersama UMNO ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sehingga menyebabkan mereka kalah.
“Ini tidak, dalam PRN Melaka, mahu bersendiri. Lepas tersungkur, kembali menyatakan kesediaan bekerjasama. Kemudian dalam PRN Johor, kembali solo. Lepas ‘tetomoih’, sekali lagi membuka mulut mengajak kepada kebersamaan.
“Sepanjang tahun di Kedah, UMNO dikecam, dipersalahkan dengan pelbagai perkara. UMNO begitu, UMNO begini. Menjelang PRU-15, tiba-tiba kita diajak kembali bekerjasama? Bukan sahaja rakyat dan UMNO keliru, saya yakin penyokong PAS sendiri kelu dan keliru,” katanya.
Beliau turut menegaskan, UMNO Kedah kini mahu dinilai dan dipilih pengundi hasil keupayaan serta kesungguhannya membawa pelbagai isu berkaitan rakyat.
“UMNO sedar kita bukan parti yang sempurna. Banyak kekurangan dan kelemahan kita. UMNO berdepan cabaran besar untuk memulihkan diri dan membuat tawaran baharu yang segar dan meyakinkan. Tetapi, UMNO juga percaya, kami ada kekuatan dan kelebihan tersendiri.
“Kalau rakyat yakin, mereka akan pilih. Kalau rakyat rasa kita belum kuat dan belum bersedia, lalu mereka menolak kita, UMNO akan terima dengan terbuka. Ini gelanggang demokrasi, rakyat bukan sahaja pengadil, malah penyokong, penaja, penganjur dan tugas parti politik adalah menawarkan yang terbaik,” katanya.
Berikutan itu, Shaiful Hazizy menganggap PAS sudah berasa parti itu sudah kuat di Kedah dan UMNO tidak mahu ‘merosakkan’ parti itu pada PRU-15 akan datang.
“Menteri Besar dan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat sudah membuat penegasan. PAS kuat di Kedah. Kita tahu, PAS adalah parti yang baik, dipenuhi ulama dan golongan terpelajar. Semua pintar, semuanya hebat.
“Jadi, sebagai ‘itik patah kaki’, ‘harimau kena tembak’ dan segala jenis gelaran dan panggilan PAS kepada UMNO, kita percaya bukan lagi rakan kongsi baik dan secocok. Tanpa UMNO, bukankah PAS sudah mengisytiharkan kemenangan 22 kerusi? Jadi, kami kalungkan ucapan tahniah dan selamat bekerja,” katanya. HM
Takkan PAS nak bekerjasama dengan itik patah kaki?
Baca Artikel Menarik:
- Mahkamah Persekutuan digesa siasat sikap ‘berat sebelah’ Nazlan ‘ganggu perbicaraan adil’
- Status Perkahwinan Noor Nabila Dan Engku Emran Akhirnya Terjawab
- Wanita Dakwa Anak Azhar Sulaiman Ada Hubungan Sulit Dengan Suaminya
- Aliff Syukri Kantoi ‘Upload’ Gambar Ubat Orang Lain Di Media Sosial
- Ismail cabar atlet SUKIPT catat rekod kebangsaan, ganjaran menanti
- Aliff Syukri lakukan Kak Long 7E seperti binatang – Netizen (Video)
- Serang pembangkang, bukan ‘tembak kaki sendiri’ – Ismail
- Ronaldo buat perangai lagi
- Kenapa tak desak siasat projek lebuh raya lewat P Pinang, Najib soal DAP
- Polis tunggang Benelli maut rempuh BMW
- Muay Thai Ambang Merdeka 2022: Petinju Thai maut selepas terima pukulan ‘KO’
- BN kalah, saya letak jawatan – Tok Mat
- Pak Long Jamil Sudah Tiada
Layari Laman Facebook MYKMU.NET