Negara lain peruntuk 4% untuk kesihatan awam, Malaysia hanya 2.59%, dedah KJ
Negara lain peruntuk 4% untuk kesihatan awam, Malaysia hanya 2.59%, dedah KJ
Hanya 2.59% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dibelanjakan kerajaan untuk kesihatan awam berbanding 4% hingga 5% di negara lain, dedah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Disebabkan peruntukan rendah untuk kesihatan awam, katanya, banyak keluhan didengar, termasuk masa menunggu terlalu lama untuk konsultasi doktor.
“Saya tahu semua kementerian minta duit dari perdana menteri. Semua kementerian sama penting, tetapi ada juga kementerian lebih penting daripada kementerian lain.
“Seperti kata George Orwell dalam buku 1984 ‘all animals are created equal, but some are created more equal than others’,” katanya ketika berucap dalam Persidangan Kemuncak Dasar Kesihatan 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Khairy berkata, pesakit kanser terpaksa menunggu tiga bulan untuk menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT) dan resonans magnetik (MRI) di Hospital Kuala Lumpur.
“Itu belum di Kementerian Kesihatan, klinik desa dan kuarters kesihatan.
“Sebab itu hari ini jemput perdana menteri. Kita tahu hati budi (Ismail) yang sayang Keluarga Malaysia,”
Beliau juga berharap Malaysia dapat memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia dan percuma pada masa depan.
“Kita harap perdana menteri akan terus (jaga) sistem kesihatan agar terpelihara dan setimpal dengan pengorbanan kakitangan KKM. Harapan besar sistem kesihatan negara ialah mendapat sokongan pelaburan masa akan datang.” Mk
Negara lain peruntuk 4% untuk kesihatan awam, Malaysia hanya 2.59%, dedah KJ
Baca Artikel Menarik:
- Mahkamah Persekutuan digesa siasat sikap ‘berat sebelah’ Nazlan ‘ganggu perbicaraan adil’
- Status Perkahwinan Noor Nabila Dan Engku Emran Akhirnya Terjawab
- Wanita Dakwa Anak Azhar Sulaiman Ada Hubungan Sulit Dengan Suaminya
- Aliff Syukri Kantoi ‘Upload’ Gambar Ubat Orang Lain Di Media Sosial
- Ismail cabar atlet SUKIPT catat rekod kebangsaan, ganjaran menanti
- Aliff Syukri lakukan Kak Long 7E seperti binatang – Netizen (Video)
- Serang pembangkang, bukan ‘tembak kaki sendiri’ – Ismail
- Ronaldo buat perangai lagi
- Kenapa tak desak siasat projek lebuh raya lewat P Pinang, Najib soal DAP
- Polis tunggang Benelli maut rempuh BMW
- Muay Thai Ambang Merdeka 2022: Petinju Thai maut selepas terima pukulan ‘KO’
- BN kalah, saya letak jawatan – Tok Mat
- Pak Long Jamil Sudah Tiada
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.