Bayern Munich lelong Mane

Bayern Munich lelong Mane

Bayern Munich sedia menjual Sadio Mane dengan harga £17 juta (RM102.5 juta) pada musim panas ini dalam usaha mengumpul dana untuk membeli bintang Tottenham Hotspur, Harry Kane, menurut laporan.

Mane, yang mengharungi musim hambar di Bavaria susulan perpindahan bernilai £35 juta (RM211 juta) dari Liverpool tahun lalu, antara tujuh bintang Bayern yang mahu disingkirkan.

Juara Bundesliga itu berharap untuk membawa Kane ke Arena Allianz dengan harga sekitar £70 juta (RM422 juta) minggu ini, mengambil kesempatan hakikat Spurs akan kehilangan bintang mereka secara percuma pada musim panas akan datang apabila kontraknya tamat.

Bagaimanapun, menurut laporan Mail Sport pada Isnin, Tottenham bersedia menolak tawaran kedua Bayern sebaliknya meletakkan tanda harga £120 juta (RM724 juta) terhadap kapten England itu.

Masih berharap untuk mengikat Kane kali ini dan mengelak daripada perebutan dengan kelab lain hujung musim depan, Bayern dilaporkan bersedia menjual besar-besaran pada musim panas ini dengan harapan dapat mengukuhkan peruntukan perpindahan mereka.

Menurut Sky Sports di Jerman, Bayern berharap menjual Mane dengan harga £17 juta, £12 juta (RM72.3 juta) buat pemain tengah Austria, Marcel Sabitzer dan hingga £34 juta (RM205 juta) bagi pemain sasaran Barcelona, Benjamin Pavard.

Pemain paling mahal dalam senarai perpindahan Thomas Tuchel adalah pemain berusia 21 tahun dari Belanda, Ryan Gravenberch, yang diharap dapat mengutip hingga £42 juta (RM253 juta).

Sementara itu, Bouna Sarr, Alexander Nubel dan Yann Sommer semuanya dijangka berpindah dengan bayaran kurang daripada £8.5 juta (RM51 juta).

Jika Bayern dapat menjual semua pemain itu menepati harga ditetapkan, juara Jerman itu boleh mengumpul kira-kira £113 juta (RM681 juta) dan hampir mampu mendapatkan Kane dengan harga yang diminta pengerusi Daniel Levy.

Tottenham berharap meyakinkan pemain berusia 29 tahun itu kekal di utara London dan menawarkan kontrak lumayan bernilai £400,000 (RM2.4 juta) seminggu.

Mane menjaringkan tujuh gol dalam 25 penampilan Bundesliga musim lalu, gagal memukau peminat Bayern susulan perpindahannya dari Anfield. BH

Bayern Munich lelong Mane

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Barang’ nampak terjojol, Putera Muhammad minta maaf

Sophia AlBarakbah berang, nama dipetik goda suami orang lagi

Bapa jumpa semula anak diculik selepas cari selama 22 tahun

Yasmin Hani posing pakai swimming suit, netizen tegur patut bersyukur pada Allah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker