Wan Saiful mahu tanding di Kubang Pasu

Wan Saiful mahu tanding di Kubang Pasu

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan menyatakan hasrat bertanding di Parlimen Kubang Pasu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Bekas calon Bersatu Parlimen Pendang pada PRU14 itu bersedia untuk bertanding namun menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti.



“Sebagai ahli Bersatu di Kubang Pasu, saya akan bantu jentera di Kubang Pasu dan sudah tentu minat saya di Parlimen itu.

“Bagaimanapun, keputusan akhir perlu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti kerana mereka mungkin mempunyai calon yang lebih baik daripada saya sendiri,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, kerusi Parlimen itu sebelum ini dimenangi Amiruddin Hamzah yang bertanding atas tiket Bersatu sebelum meninggalkan parti dan menyertai Pejuang.

“Apabila beliau (Amiruddin) pergi ke Pejuang, maka kerusi itu sepatutnya dikekalkan sebagai kerusi Bersatu.



“Walaupun begitu, penentuan calon di Parlimen akan dibincangkan dengan PAS serta rakan daripada parti komponen Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Pada PRU14, Wan Saiful tewas di Parlimen Pendang kepada calon PAS, Awang Hashim dalam pertembungan empat penjuru termasuk calon Barisan Nasional (BN) dan bebas. FMT

Wan Saiful mahu tanding di Kubang Pasu


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib



Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker