Polis buka kertas siasatan kes dakwaan ke atas Amar Singh

Polis buka kertas siasatan kes dakwaan ke atas Amar Singh

Polis membuka kertas siasatan berkaitan kes kononnya bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh membawa teman wanita ketika serbuan di rumah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Mei 2018.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan polis itu pada jam 3.02 petang berkaitan kes fitnah terbabit yang dimuat naik di sebuah laman portal.

Menurutnya, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pihak polis sedang menjalankan siasatan dan seterusnya kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis menasihati orang ramai tidak terlibat sebarang aktiviti menyalahi undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini,

Media hari ini melaporkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh membuat laporan polis berhubung dakwaan dia membawa teman wanita ketika serbuan di rumah Najib pada Mei 2018.

Amar Singh dipetik berkata, laporan polis dibuat hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi menyiasat tuduhan yang tidak berasas itu.

Pada Mei 2018, Amar mengetuai serbuan di beberapa premis yang dikaitkan dengan bekas Najib selepas Barisan Nasional (BN) tewas dalam pilihan raya umum ke-14 pada Mei 2018. BH

Polis buka kertas siasatan kes dakwaan ke atas Amar Singh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker