Pembangkang besarkan isu LCS demi hakis keyakinan rakyat terhadap BN – Najib

Pembangkang besarkan isu LCS demi hakis keyakinan rakyat terhadap BN – Najib

Najib Razak mendakwa pembangkang sengaja memainkan isu perolehan kapal tempur pesisir (LCS) supaya keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) terhakis.

Beliau berkata, pembangkang cuba menjadikannya “isu panas” untuk menunjukkan kegagalan BN, sedangkan kelewatan projek LCS berpunca daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjalankan forensik audit dan tidak memberikan peruntukan mencukupi.

“Walaupun saya tidak menjadi menteri pertahanan, tetapi saya jawab sebab saya tahu mereka nak jadikan isu ini isu hangat.

“Nak jadikan isu ini seolah-oleh kegagalan besar BN, walhal projek ini lambat kerana tindakan kerajaan PH,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian mesyuarat perwakilan cawangan dan sayap Umno Bahagian Pekan yang disiarkan secara langsung di Facebooknya.

Najib berkata, walaupun diserang bertubi-tubi oleh pembangkang, beliau menyarankan BN dan Umno menjawab semua dakwaan berhubung isu LCS.

“Jangan salahkan kita. Isu ini nak dibesarkan untuk apa? Untuk rosakkan keyakinan rakyat pada BN. Tetapi, tanggungjawab kita bila mereka serang, kita kena jawab supaya isu ini tak boleh rosakkan kredibiliti kerajaan BN.”

Minggu lalu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara mendedahkan tiada sebuah pun daripada enam LCS diserahkan kepada kerajaan, walaupun Putrajaya sudah membayar RM6.08 bilion kepada BNS yang mendapat projek itu secara rundingan terus. Mengikut jadual asal, BNS sepatutnya menyerahkan lima unit LCS sejak 2013 hingga bulan ini. FMT

Pembangkang besarkan isu LCS demi hakis keyakinan rakyat terhadap BN – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker