‘Memang Tiada Dalam Kontrak’ – Isu Adi Putra Enggan Hadir Mat Kilau Indonesia, Studio Kembara Tampil Jelaskan

‘Memang Tiada Dalam Kontrak’ – Isu Adi Putra Enggan Hadir Mat Kilau Indonesia, Studio Kembara Tampil Jelaskan

“SAYA pun terkejut dan tak tahu apa puncanya.”

Itu respons Penerbit dan Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali berhubung hantaran dimuat naik pelakon utama filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Datuk Adi Putra di Instagram (IG), malam tadi.

Menurut Rahman sebelum ini tidak pernah timbul apa-apa isu dengan Adi, bagaimanapun tidak tolak kemungkinan panggilan Adi tidak dibalas kerana mereka mempunyai perbincangan bersama pasukan sehingga lewat malam tadi.

“Saya baru tahu hal ini pagi tadi. Dia (Adi) biasa berhubung dengan seorang staf kami. Mungkin tak dapat dihubungi kerana malam tadi kami ada mesyuarat panjang.

“Tetapi setakat jam 11 malam tadi ketika dia berhubung dengan penulis skrip iaitu adik saya Shaharudin juga tiada apa-apa isu yang timbul.

“Saya tak fikir ada apa-apa salah faham, bagaimanapun saya akan meminta mereka hubungi Adi kembali untuk bertanya lanjut,” katanya kepada Gempak.

Rahman diminta mengulas selepas Adi dalam kenyataan di IG miliknya memberitahu enggan menghadiri tayangan gala filem itu di negara seberang selepas pihak Kembara Studio sukar untuk dihubungi.

Menurut Rahman lagi sebelum ini Adi memberi respon yang baik apabila bakal dibawa ke Jakarta untuk tayangan gala filem itu di sana.

“Memang tiada dalam kontrak komitmen pelakon untuk promosi ke luar negara tapi dalam hal ini dia sudah setuju untuk hadir.

“Sepatutnya pada 25 Ogos ini kami bertolak ke sana bersama satu pasukan yang lengkap termasuk pengarah dan pelakon kerana kami anggap ia usaha demi untuk kepentingan industri filem dan negara,” ujarnya.

Mengulas mengenai kenyataan Adi yang enggan hadir ke tayangan perdana Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan di Jakarta, Indonesia pada 26 Ogos ini, Abdul Rahman berharap pelakon itu dapat memberi alasan kukuh.

Meskipun keputusannya itu tidak melanggar kontrak, namun kata Abdul Rahman kehadirannya dinantikan penonton di negara itu apatah lagi membawa semangat dan budaya Melayu.

“Tindakannya itu tidak melanggar kontrak kerana kami tidak berbincang mengenai pemasaran filem tetapi sebaik-baiknya dia memberikan alasan yang boleh diterima kerana ramai menantikan kehadirannya.

“Lagipun kita bawa semangat Malaysia dan budaya orang Melayu,” katanya.

Tayangan Gala Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan diadakan di Jakarta Indonesia pada 26 Ogos ini. Filem itu akan ditayangkan di 200 pawagam di sana selama sebulan bermula 31 Ogos ini.-GEMPAK/mSTAR

‘Memang Tiada Dalam Kontrak’ – Isu Adi Putra Enggan Hadir Mat Kilau Indonesia, Studio Kembara Tampil Jelaskan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker