Wanita maut digilis treler, pemandu positif dadah ditahan

Wanita maut digilis treler, pemandu positif dadah ditahan

Seorang wanita menemui ajal dalam keadaan tragis selepas menghantar anaknya ke sekolah, apabila motosikal ditunggangnya diseret treler sejauh 10 meter di KM57 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di Tapah.

Dalam kejadian kira-kira 7.15 pagi tadi, Shahriza Ishak, 39, parah di kepala selepas terjatuh dari motosikal ditunggangnya yang bergesel dengan treler di atas jambatan Sungai Batang Padang.

Ketua Polis Daerah Tapah, Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan pulang ke rumah untuk mengambil seorang lagi anaknya untuk dihantar ke sekolah.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa diseret treler sehingga menyebabkan kecederaan parah di kepala. Mangsa disahkan maut di tempat kejadian,” katanya menurut laporan Kosmo.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati pemandu treler berusia 36 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine dan lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut. FMT

Wanita maut digilis treler, pemandu positif dadah ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker