Jerebu datang balik, Sri Aman catat bacaan tidak sihat
Jerebu datang balik, Sri Aman catat bacaan tidak sihat
Sri Aman menjadi satu-satunya lokasi di Sarawak yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat keadaan berjerebu pada pagi ini.
Berita Harian yang memetik maklumat di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan, bacaan IPU di lokasi itu berada di tahap tidak sihat iaitu 105 pada 1 pagi.
Bacaan itu mula meningkat selepas itu dengan 111 dan 121 pada 3 pagi.
Beberapa jam kemudian ia mencapai bacaan 131 pada jam 4 pagi, diikuti dengan 142 pada jam 5 pagi, 151 pada jam 6 pagi dan 152 pada jam 7 dan 8 pagi.
Setakat 8 pagi tadi, bahagian lain di negeri itu masih mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana dengan Kuching 70, Samarahan (74), Serian (83), Sibu (56), Mukah (53), Bintulu (61), Miri (56), Limbang (55) dan Lawas (53).
Dua bahagian pula mencatatkan bacaan pada tahap baik iaitu Betong (49) dan Kapit (43).
Mengikut bacaan IPU, 0 – 50 dikategorikan sebagai baik, sederhana (51 – 100), tidak sihat (101 – 200), sangat tidak sihat (201 – 300), berbahaya (301 – 400), sangat bahaya (401 – 500) dan kecemasan (lebih 501). FMT
Jerebu datang balik, Sri Aman catat bacaan tidak sihat
Baca Artikel Menarik:
- Harga kambing biri-biri Ladoum cecah RM379,000 seekor
- Serabut betul komen dia – Neelofa
- Mengapa Zionis bunuh cucuku
- Pesawat ringan terhempas ketika mendarat cemas di lebuh raya [VIDEO]
- Saya keluar parti selepas Presiden umum kerjasama dengan Mahathir
- Ceramah, kuliah tak boleh guna pembesar suara luar, jelas Jais
- Berani Mati! Penagih selamba hisap dadah dalam tandas polis
- Kecewa menantu tidak capai piawaian, mak mertua disekolahkan Ustazah
- Marcella Simon keluar Islam
- Suami dibenar minum susu badan isteri, tidak haram
- Fad Bocey turun pangkat?
- Semakin ramai individu bawah 22 tahun lakukan seks
- Itu kapal perang LCS sebenar, kata bekas panglima
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)
Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter
You must be logged in to post a comment.