Pesawat ringan terhempas ketika mendarat cemas di lebuh raya [VIDEO]

LOS ANGELES – Seorang juruterbang dan penumpang sebuah pesawat kecil yang mempunyai satu enjin tidak mengalami sebarang kecederaan selepas kapal terbang mereka terhempas ketika mendarat cemas di lebuh raya California pada petang Selasa.

Juruterbang tersebut, Andrew Cho yang mengendalikan pesawat Piper Cherokee yang mengalami masalah kehilangan kuasa enjin menyebabkan dia membuat keputusan untuk menggunakan Lebuh Raya 91 berhampiran Corona di Riverside County, timur Los Angeles sebagai landasan pendaratan cemas.

Ketika pesawat itu mahu mendarat, lebuh raya berkenaan dipenuhi dengan banyak kenderaan.

Pesawat itu mendarat tidak sempurna apabila ia terhentak di atas lebuh raya sehingga menyebabkan ia berpusing dan salah satu sayapnya rosak sebelum mengalami kebakaran kecil.

Beberapa saat kemudian, seorang pemandu merakamkan detik-detik Cho dan penumpangnya sempat melarikan diri dari bangkai kapal yang terbakar ketika asap hitam tebal berkepul-kepul ke udara.

“Sukar untuk digambarkan,” kata Cho memberitahu KTLA.

Mereka berada kira-kira 1.2 meter hingga 1.5 meter di udara apabila pesawat itu terhenti sepenuhnya dan jatuh di atas lebuh raya. – Agensi

 

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi

Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker