‘Hari Raya Ni Ramai Tunggu-Tunggu, Tak Lama Lagi Kita Buka Sempadan Negara’ – PM

‘Hari Raya Ni Ramai Tunggu-Tunggu, Tak Lama Lagi Kita Buka Sempadan Negara’ – PM

Kerajaan Malaysia memberi jaminan akan membuka sempadan negara dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, ketika ini negara sedang dalam proses melaksanakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) ke beberapa negara tertentu, sebagai langkah berperingkat dalam membuka semula sempadan antarabangsa.



Katanya lagi, ahli keluarga yang sudah lama terpisah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, serta penutupan sempadan, diharap dapat bersama semula tidak lama lagi, termasuk meraikan Hari Raya Aidil Fitri.

“Selain Singapura dan Indonesia, kerajaan dalam proses melaksanakan VTL darat dengan Brunei dan Thailand dan dengan pembukaan semula sempadan. Ahli Keluarga Malaysia yang sudah lama tak bersua muka dapat pulang terutama semasa Hari Raya pada Mei nanti.

“Hari raya ni ramai tunggu-tunggu. Dalam waktu terdekat kita akan mula membuka sempadan negara kita,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) yang berlangsung di destinasinya yang pertama, iaitu Johor.

Turut menghadiri majlis pelancaran itu ialah Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Halimah Sadique, serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Sebelum ini Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong dilaporkan berkata, Laluan VTL baharu ke Thailand dan Kemboja akan mula beroperasi mulai 15 Mac, sebagai sebahagian daripada usaha bersama ke arah pembukaan semula sempadan antarabangsa.



Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata pengembara yang telah divaksin sepenuhnya akan dibenarkan melalui laluan itu, tanpa perlu menjalani kuarantin semasa ketibaan.

Mengulas lanjut mengenai JAKM, Perdana Menteri berkata, program ini merupakan manifestasi dan pelaksanaan usaha berterusan Kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat, secara turun padang ke seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, pelaksanaan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Johor sebagai destinasi pertama, telah menyaksikan rekodkan hasil jualan usahawan-usahawan tempatan, dengan nilai jualan sebanyak RM186,191.00 secara keseluruhan.

Selain itu, Ahli Parlimen Bera itu berkata, program tersebut turut mencatatkan kejayaan apabila sasaran untuk RM3 juta untuk padanan perniagaan (Business Matching) merekodkan pencapaian RM5.26 juta.



“Jualan tersebut dihasilkan melalui enam booth jualan Keluarga Malaysia yang mengambil bahagian bernilai RM49,110.00.

“Bagi segmen Jualan Usahawan yang melibatkan 150 booth turut merekodkan jualan sebanyak RM130,447.40, segmen jualan Citarasa Keluarga Malaysia yang membabitkan sembilan booth mencatatkan jualan sebanyak RM27,811.00, manakala bagi jualan Food Truck pula mencatat jualan 12 RM22,346.00,” katanya lagi.

Perdana Menteri berkata, beliau mengharapkan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia dapat memberi nilai tambah baharu, yang akan mendasari setiap usaha ke arah meningkatkan sistem penyampaian kerajaan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, beliau mengharapkan agar Hasni terus diberi sokongan untuk menerajui Kerajaan Negeri Johor, demi memastikan kestabilan di setiap peringkat pentadbiran.



“Dengan kerjasama semua pihak termasuk pembangkang, kita berjaya wujudkan kerajaan persekutuan yang stabil ketika ini seperti dititah YDP Agong sewaktu pembukaan Parlimen baru-baru ini.

“Di Johor ini juga kita perlukan kerajaan negeri stabil, supaya setiap perancangan Menteri Besar Johor dapat direalisasikan demi kepentingan Keluarga Malaysia di Johor ini. Saya ucapkan selamat berjaya kepada Hasni selaku Menteri Besar Johor,” katanya lagi.-AA

‘Hari Raya Ni Ramai Tunggu-Tunggu, Tak Lama Lagi Kita Buka Sempadan Negara’ – PM

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker