Polis terima laporan kehilangan pendawaian siren amaran banjir

Lokasi Siren Amaran Banjir di Taman Sungai Gemas, di sini, yang disedari kehilangan pendawaian kotak siren sistem oleh kakitangan JPS, di sini, semalam. – FOTO IHSAN.

TAMPIN – Seorang kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat laporan polis berhubung kehilangan pendawaian kotak siren sistem Siren Amaran Banjir di Taman Sungai Gemas, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, sebaik menerima laporan daripada kakitangan JPS berusia 45 tahun itu pihaknya telah segera ke lokasi kejadian yang merupakan kawasan kolam tadahan JPS berhampiran Sungai Gemas serta berdekatan dengan Taman Perumahan (Taman Sungai Gemas).

Menurutnya, tempat kejadian berpagar keliling dan didapati terdapat kesan pagar dirosakkan.

“Kotak suis utama juga telah diumpil dan beberapa pendawaian di dalam kotak telah hilang. Barangan yang didapati hilang antaranya ialah dua unit bateri kecil, pendawaian di dalam kotak fius, dan panel solar.



“Kali terakhir Stesen Amaran Banjir Taman Sungai Gemas yang dibina sejak 15 tahun lalu itu diperiksa atau diselenggara dan barangan di dalam keadaan baik adalah pada 8 Disember tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anuwal berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dijalankan. – K! ONLINE.

Polis terima laporan kehilangan pendawaian siren amaran banjir


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


MN adalah tanda kesyukuran kepada Allah – Nik Abduh



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker