Ifa Raziah bergelek di majlis aqiqah dikecam netizen (Video)

Ifa Raziah bergelek di majlis aqiqah dikecam netizen (Video)

Nama pelakon dan penyanyi Ifa Raziah sering ‘panas’ dalam kalangan pengguna media sosial.

Terbaru, Ifa dikecam netizen selepas menyanyi dan menari bergelek bersama anak pelakon Normah Damanhuri iaitu Kak KM ketika menghadiri sebuah majlis akikah.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Ifa, 46, dilihat bergembira sakan di depan tetamu yang lain.

Tampil dengan busana serba putih yang ketat, pemilik nama Saripah Raziah Mustaph turut menjemput isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Bella Astilah untuk menyanyikan lagu Goyang Inul, nyanyian asal Inul Daratista.

Dalam rakaman itu juga kelihatan pelakon dan usahawan Zulin Aziz dan suami tercinta, Farhan Norzaini.

Astaghfirullahaladzim

Ternyata hantaran itu mengundang pelbagai reaksi daripada wargamaya. Rata-ratanya menyifatkan perbuatan pelantun lagu Miss Diva sangat tidak beradab kerana tidak menghormati majlis akikah yang sepatutnya mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.

Selain itu, ada juga segelintir netizen yang bertindak memerli Ifa yang sudah menjadi tetamu Allah.

Sebelum ini, usahawan terkenal itu pernah ditegur pendakwah bebas berhubung isu tidak bertudung namun sudah tiga kali dijemput Allah SWT ke tanah suci Makkah. OB

Sumber: TikTok @ifa_raziah

Ifa Raziah bergelek di majlis aqiqah dikecam netizen (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker