Filem terbaru THOR tak lulus Lembaga Penapisan Filem

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin mengesahkan filem blockbuster terbaru Marvel Studios Thor: Love and Thunder tidak melepasi garis panduan penapisan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF).

“Baru-baru ini ada satu filem yang censorship tak lepas, iaitu filem Thor yang baru.

“Maknanya ia (filem) menyentuh isu LGBT. Kita lihat sekarang ini ada banyak filem berunsur LGBT yang terlepas censorship,” kata Zahidi semasa sesi soal jawab di Dewan Negara semalam.

Dia menjawab soalan senator Ahmad Yahaya yang bertanya mengenai pendirian kementerian itu dalam memantau kandungan program yang disiarkan di platform penstriman seperti Netflix.



Zahidi berkata pada masa ini semakin banyak filem yang mempromosikan LGBT secara halus.

Dia mengimbas semula filem mengenai Alexander the Great yang ditontonnya semasa muda, di mana terdapat adegan Alexander dan pembantunya pulang dari suatu tempat dengan “muka letih, seolah-olah selepas membuat sesuatu” seperti mempromosikan LGBT.

“Sekarang banyak filem-filem di TV (ada unsur) LGBT.

“Jadi kalau ada terlepas censorship, kami minta masyarakat tolong kita kawal, kita ambil tindakan,” katanya.



Bagaimanapun Zahidi berkata bukan mudah untuk mengambil tindakan, terutama bagi kandungan yang berasaskan dalam talian.

Zahidi memberi contoh pengguna akaun TikTok yang sebelum ini dikatakan mempromosikan LGBT.

“Sekarang kita ambil tindakan, dia dah lari ke luar negara dah. Itu promosi nombor satu tapi kita tak boleh tangkap lagi,” katanya.

Katanya, kerajaan bersama-sama jabatan agama melakukan banyak usaha untuk membendung LGBT di negara ini.



Golden Screen Cinemas (GSC) Julai lalu mengesahkan filem baru Thor tidak akan ditayangkan di Malaysia.

Tidak jelas pada masa itu sama ada keputusan itu diambil atas sebab komersial atau tekanan daripada badan penapisan filem.

Filem terbaru Thor itu pada mulanya dijadualkan ditayangkan di negara ini pada 7 Julai, tetapi ini kemudian ditangguhkan sehingga 21 Julai, sebelum akhirnya ditangguhkan selama-lamanya.

Untuk rekod, filem berkenaan mengandungi adegan di mana Chris Hemsworth, yang memainkan watak Thor, dipaparkan dalam keadaan bogel dari belakang dengan bahagian belakangnya jelas kelihatan.

Ada juga babak ringkas memaparkan unsur LGBT dalam filem itu, yang merujuk bahawa watak Valkyrie, yang dimainkan oleh Tessa Thompson, adalah biseksual dan watak lain, Korg, adalah gay.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi

Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker