Penyelam cari udang kara nyaris mati ditelan paus bungkuk
Penyelam cari udang kara nyaris mati ditelan paus bungkuk
Washington: Seorang lelaki tidak menyangka aktiviti menyelam untuk mencari udang kara di luar pantai Cape Cod di Massachusetts memberi pengalaman tidak dapat dilupakannya seumur hidup apabila dilanggar dan ditelan ‘objek’ seberat 100 tan.
Portal Mirror melaporkan, mangsa dikenali sebagai Michael Packard berada di kedalaman 45 kaki di bawah ombak apabila ‘objek’ raksasa itu dikenal pasti makhluk hidupan laut terbesar di bumi.
Paus bungkuk antara haiwan terbesar di bumi bersama spesies paus biru dan diketahui memakan sehingga 1.4 tan metrik ikan kecil atau krill.
Michael merasai pengalaman ditelan ikan paus itu dalam kejadian berlaku Jun tahun lalu.
Sebagai penyelam komersial berpengalaman, Michael menyangka dia ditelan jerung besar apabila tiba-tiba mendapati dirinya berada di dalam gua hitam pekat dan berisi kerana pemangsa kerap dikesan di sekitar pantai New England.
Tetapi menyedari makhluk itu tidak bertaring, Michael tidak lama kemudian mengesan dia sebenarnya berada di dalam sesuatu yang berpotensi lebih besar, namun berkemungkinan tidak berbahaya.
“Ya Tuhanku, saya berada di dalam mulut ikan paus,” katanya ketika menceritakan pengalaman itu.
Apa yang berlaku selepas itu ialah perjuangan sengit apabila Michael kehilangan alat pernafasannya dan dia merasai keadaan sekeliling yang gelap.
Memikirkan dia bakal mati, Michael berkata, fikirannya melayang kepada anak yang masih kecil dan keluarga, apabila tiba-tiba kegelapan bertukar menjadi terang selepas ikan paus bungkuk itu membuka rahangnya dan dia dilemparkan ke permukaan laut.
Para saintis mendakwa hampir mustahil bagi seekor paus bungkuk menelan manusia secara keseluruhan.
Menurut kumpulan badan bukan kerajaan, UK Whale and Dolphin Conservation, tekak paus bungkuk hanya berdiameter 15 inci, hampir tidak cukup lebar untuk manusia tergelincir di dalamnya.
Malah, kejadian manusia ditelan ikan paus hanya pernah direkodkan sekali dalam sejarah.
Pada 1890-an, James Bartley ditelan ikan paus sperma ketika dalam ekspedisi penangkapan ikan paus berhampiran Kepulauan Falkland dan terselamat. HM
Penyelam cari udang kara nyaris mati ditelan paus bungkuk
Baca Artikel Menarik:
- Pelancong kena gangguan seksual secara terbuka buat netizen panas [VIDEO]
- Maaf jika pemakaian saya melukakan hati segelintir pihak
- BN, UMNO tak akan bekerjasama dengan DAP, Zuraida – Isham
- Wanita OKU dirogol rakan sekerja
- Lelaki mengamuk dakwa kuliah Subuh bising
- Kerani dakwa diraba polis
- Datuk jutawan kahwini gadis 19 tahun bercerai selepas 2 bulan
- Isteri maafkan suami curang dengan wanita seusia ibunya
- Wanita tembak mati kekasih di hadapan sami [VIDEO]
- Pemandu mabuk larikan Axia lepas langgar tujuh kereta
- Barli kurangkan risiko radang usus. Ini manfaat lain yang wajib kita tahu
- Filem Pasir Salak bakal disiapkan Syamsul?
- GDL rider amat tidak munasabah – Pemuda UMNO
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)
Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim