Ismail arah SPRM dan peguam negara segera siasat isu projek LCS

Ismail arah SPRM dan peguam negara segera siasat isu projek LCS

Beberapa fail telah dibuka bagi tujuan siasatan berhubung projek pembinaan enam kapal tempur pesisir (LCS), namun status mengenainya akan diumumkan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perdana Menteri Ismail Sabri berkata beliau telah mengarahkan supaya siasatan itu dibuat segera kerana ia melibatkan wang rakyat.

“Saya harap segera sebab saya sendiri dah panggil peguam negara (Idrus Harun) dan juga ketua pesuruhjaya SPRM (Azam Baki), ia perlu disegerakan.

“Saya percaya telah pun dilaksanakan siasatan, ada beberapa fail telah dibuka dan disiapkan tapi biar Ketua Pengarah SPRM yang umumkan dari segi siasatan yang telah disiapkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Muay Thai Remaja Antarabangsa di Sunway Lagoon.

Ismail sebelum itu diminta mengulas keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) LCS.

Kerajaan setuju supaya Laporan Pengauditan Forensik Projek LCS yang dijalankan pada tahun 2019 dinyahklasifikasikan.

Bagaimanapun, jelas Ismail, proses itu perlu mendapat nasihat peguam negara dan ketua audit negara terlebih dahulu.

“Kalau boleh kita dedahkan kerana kerajaan telus dan tidak mahu melindungi LCS dari tatapan umum supaya rakyat tahu isu sebenar. Saya beri jaminan kerajaan tidak akan berkompromi dalam isu berkaitan wang rakyat seperti ini dan kita akan siasat siapa bertanggungjawab, kita akan ambil tindakan, tiada siapa akan terlepas daripada tindakan kalau ada penyelewengan,” katanya.

Pada masa yang sama, Kabinet hari ini turut memutuskan supaya Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan oleh bekas ketua audit negara Ambrin Buang dibenarkan untuk disiarkan kepada umum.

Khamis lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh, berkata Kementerian Pertahanan dan syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) telah mengabaikan pandangan tentera laut bagi projek LCS apabila tiada satu kapal pun yang berjaya disiapkan walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6 bilion bagi projek tersebut.

Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein selepas itu berkata, pihak yang terlibat dalam salah laku berkenaan akan dibawa ke muka pengadilan.

Ismail arah SPRM dan peguam negara segera siasat isu projek LCS


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi

Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker