Zara vs Zana: Jenama fesyen kecil menang kes tanda dagang

Zara vs Zana: Jenama fesyen kecil menang kes tanda dagang

LONDON: Sebuah jenama fesyen kecil berjaya menang di mahkamah susulan tuntutan gergasi fesyen, Zara yang mengancam mengambil tindakan undang-undang berhubung penjenamaannya.

Hakim tribunal memutuskan bahawa butik yang berpangkalan di Darlington, England, House of Zana boleh mengekalkan namanya.

“Semua idea yang saya ada untuk musim depan, perancangan perniagaan yang tertangguh, akhirnya saya boleh melakukannya,” kata pengasas House of Zana, Amber Kotrri.

Kotrri melancarkan House of Zana dalam talian pada 2018, dan membuka kedai pertamanya di bandar itu setahun kemudian.

Wanita berusia 28 tahun itu cuba mendaftarkan tanda dagangan House of Zana pada Disember 2020, namun dia menerima notis mahkamah dua bulan kemudian.

Ini diikuti dengan surat daripada peguam mewakili Zara yang mengatakan jenama itu secara konsepnya menyerupai mereka, dan “akan mengelirukan” pelanggan.

Hakim bagaimanapun memutuskan bahawa nama Zana boleh dikekalkan.

“Saya menerima alasan bahawa nama itu dipilih kerana asal usul Kotrri dan idea pakaian yang dihasilkan sesuai dengan tema, dan saya tidak mendapati ada motif sinis dalam penggunaan nama itu,” kata Hakim Matthew Williams.

Kotrri memulakan perniagaan semasa di Albania, dan mengambil nama berkenaan daripada perkataan Albania yang bermaksud pari-pari.

Kata Kotrri, dia pada mulanya tersinggung dengan pendapat bahawa jenamanya boleh dikelirukan dengan jenama Zara.

“Nilai kami tidak sama, kami sebuah jenama bebas, kami membuat semua sendiri.

“Ia adalah model perniagaan yang berbeza sama sekali, jadi tidak ada kekeliruan,” tambahnya. Aw

Zara vs Zana: Jenama fesyen kecil menang kes tanda dagang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pengarah urusan dihukum penjara 230 tahun tipu pakej umrah, ziarah

Gadis cantik tidak kisah bergelar petani cendawan

‘Dia bukan anak atau anak ikan tetapi suami saya yang sah’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker