Zahid Hamidi kata BN bertanggungjawab penuhi aspirasi rakyat

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) bertanggungjawab bagi memenuhi aspirasi rakyat mengembalikan kemakmuran dan kestabilan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, sebahagian besar rakyat amat merindui pentadbiran dominan kerajaan BN pada masa kini kerana gabungan itu adalah harapan sebenar mereka.

“Kegagalan negara bagi tempoh 22 bulan dan 17 bulan telah memberi iktibar paling berharga buat mereka.

“Bahawa pengharapan sesuatu yang amat besar ertinya dan tidak boleh sewenang-wenang dieksperimen apatah diperjudi.

“Pengharapan perlu berpaksi kepada rasional, logik, berfakta dan seboleh-bolehnya pernah dilihat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Beliau yang juga merupakan Presiden UMNO menambah, perkara terbabit antara faktor sebahagian besar mereka yang terpedaya sebelum ini telah kembali kepada BN.

Jelas Ahmad Zahid, mereka mengembalikan penghargaan kepada BN untuk memulihkan apa yang hilang suatu ketika dulu.

“Kemenangan BN dalam banyak Pilihan Raya Kecil (PRK) serta Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka menzahirkannya.

“Barangkali mereka sedang mengalami perasaan itu iaitu sesuatu baru terasa berharga apabila sudah kehilangannya,” ujarnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pengarah urusan dihukum penjara 230 tahun tipu pakej umrah, ziarah

Gadis cantik tidak kisah bergelar petani cendawan

‘Dia bukan anak atau anak ikan tetapi suami saya yang sah’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker