Kerani dakwa diraba polis

Kerani dakwa diraba polis

Kampar: Seorang kerani mendakwa dicabul dipercayai anggota polis yang dikenali melalui laman sosial di sebuah rumah di Taman Sentosa di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, wanita berusia 23 tahun itu memberitahu menemui lelaki itu yang mengakui dirinya seorang polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar ketika berada di sebuah bengkel pada jam kira-kira 10.30 malam sebelum diminta menaiki kereta ke rumah lelaki terbabit.

“Berdasarkan laporan, wanita itu masuk ke dalam rumah lelaki berkenaan selama kira-kira 10 minit dan berasa tidak sedap hati sebelum meminta menghantarnya pulang.

“Secara tiba-tiba lelaki itu menghalang dan menarik wanita itu serta mencium mulut, meraba payu dara,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohamad Nazri berkata, wanita itu menghalang perbuatan lelaki berkenaan dan memberi amaran akan menjerit jika diteruskan.

“Selepas itu, lelaki itu menghantar semula wanita itu ke tempat kerjanya. Takut dan trauma di atas perbuatan lelaki itu, mangsa membuat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati pengadu adalah wanita masih belum berkahwin dan berkenalan dengan satu lelaki yang baru dikenali selama kira-kira seminggu.

“Tujuan pengadu berjumpa lelaki itu di rumahnya kerana diajak untuk berjumpa anak-anak lelaki berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut.

Katanya, ketika lawatan ke tempat kejadian bersama pegawai penyiasat mendapati rumah dalam keadaan gelap dan tiada penghuni dan nombor pendaftaran kereta yang dinaiki pengadu bersama suspek tidak dapat dipastikan kerana pengadu tidak ingat.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan penyewa atau pemilik rumah berkenaan dan kenyataan pengadu menyatakan suspek adalah pegawai polis IPD Kampar masih dalam siasatan bagi memastikan kesahihan dakwaan itu,” katanya. HM

Kerani dakwa diraba polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pengarah urusan dihukum penjara 230 tahun tipu pakej umrah, ziarah

Gadis cantik tidak kisah bergelar petani cendawan

‘Dia bukan anak atau anak ikan tetapi suami saya yang sah’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker