Keputusan PBM sertai BN diketahui minggu hadapan

Keputusan PBM sertai BN diketahui minggu hadapan

Keputusan mengenai permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk menyertai Barisan Nasional (BN) hanya akan diketahui selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang akan diadakan minggu hadapan.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan tersebut itu nanti adalah adalah hasil persetujuan bersama keempat-empat parti komponen yang membentuk BN ketika ini.

“BN ini merupakan parti yang keputusannya dibuat secara konsensus, semua pihak atau parti komponen dalam BN bersetuju, baru boleh. Tunggulah sehingga mesyuarat diadakan.



“Perbincangan akan diadakan semasa mesyuarat tersebut dan semua pihak mesti bersetuju, kalau ada satu pihak tidak bersetuju ia tidak akan boleh dilakukan,” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Negeri di sini hari ini.

Sebelum ini, pengganti Presiden PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin memberitahu, pihaknya masih menantikan jawapan daripada BN berhubung permohonan PBM untuk menyertai gabungan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sementara itu, Mohamad mengesahkan Zuraida ada datang bertemu dengannya pada awal bulan lalu bagi menyatakan hasrat PBM tersebut.

“Saya juga nyatakan bahawa BN ini bukan diputuskan oleh satu parti sahaja, ia keputusan dibuat secara konsensus. Saya telah minta beliau untuk menulis surat kepada Pengerusi BN untuk perkara ini dibawa dan dipertimbangkan dalam mesyuarat BN,” katanya.



Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO dalam pada itu berkata, selain PBM, terdapat juga beberapa parti lain turut menyatakan hasrat untuk menyertai BN.

“Ada dari semasa ke semasa, parti-parti yang ditubuhkan menyatakan hasrat untuk menganggotai BN tetapi kebanyakannya kami minta untuk menjadi Friends of BN terlebih dahulu. Kebanyakan parti ini tiada wakil rakyat, tetapi, PBM ini lain sedikit kerana mereka mempunyai wakil rakyat.

“Pertimbangan-pertimbangan daripada pelbagai sudut mesti diperhalusi dan kami juga tidak mahu ada pihak-pihak lain rasa tidak senang hati jika kami menerima sesuatu parti masuk menjadi anggota BN. Jadi, ia akan dibahas dan dibincang dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN,” katanya.

Mohamad menambah, BN sentiasa menghargai sokongan yang diterima daripada pelbagai pihak termasuk parti yang menyatakan hasrat untuk menyertai gabungan berkenaan.



“Sokongan semua pihak amat penting, sama ada mereka mahu menjadi anggota BN ataupun tidak, itu cerita lain. Cerita sokongan itu sudah lama, seperti parti dalam Friends of BN, ada yang sudah 30 tahun menjadi anggota.

“Tidak timbul soal, kami tidak perlukan sokongan sesiapa, tetapi soalnya, menjadi anggota BN itu mesti dapat kelulusan sebulat suara, itu kadang-kadang yang menjadi kesulitan untuk BN buat keputusan kerana masing-masing parti ada kepentingannya.

“Tetapi sokongan rakan-rakan walaupun tidak menjadi ahli penuh BN, amat kami raikan. Soal sama ada mereka akan diberi peluang mewakili BN di mana-mana kerusi, itu cerita lain, itu boleh dipertimbangkan sekiranya ada kerusi-kerusi yang sesuai diwakili oleh mereka,” katanya lagi. Utusan

Keputusan PBM sertai BN diketahui minggu hadapan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pengarah urusan dihukum penjara 230 tahun tipu pakej umrah, ziarah

Gadis cantik tidak kisah bergelar petani cendawan

‘Dia bukan anak atau anak ikan tetapi suami saya yang sah’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker