Isteri maafkan suami curang dengan wanita seusia ibunya
JAKARTA – Sebuah hantaran tular di media sosial Indonesia memaparkan luahan hati seorang isteri mengenai suaminya yang menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita seusia ibunya sendiri, lapor laman berita Suara.com.
Hantaran itu dimuat naik dalam akaun Instagram @igtainmett.
“Suami saya menjalinkan hubungan dengan wanita yang sudah berkahwin, umurnya 45 tahun manakala suami saya 33 tahun.
“Saya juga tidak tahu kenapa suami curang dengan wanita yang jauh lebih tua daripada saya dan usianya hampir menyamai ibunya,” kata wanita itu.
Perbuatan itu terbongkar apabila dia diserang oleh suami dan anak kepada teman wanita suaminya. Dia mengetahui hubungan curang mereka bermula di tempat kerja.
Mangsa mahu melaporkan perkara tersebut kepada pihak atasan tetapi suaminya memohon agar dia tidak berbuat sedemikian kerana mempunyai keluarga yang perlu disara.
Dia juga mengaku tidak boleh berpisah dengan suaminya walaupun pernah dikhianati. Ini kerana dia sudah sekian lama bergantung kepada pendapatan suaminya.
Hantaran itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Dari sini saya dapat tahu bahawa wanita mesti ada pendapatan sendiri tanpa mengira status mereka,” kata seorang netizen.
“Lebih baik mereka berdua dipecat. Ikutkan nafsu tetapi tidak memikirkan keluarga. Berani buat beranilah menanggung akibatnya,” komen netizen lain. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Misteri kehilangan warga emas pandu Myvi terungkai
- China kerah pesawat pengebom nuklear
- Lesen GDL bebankan ‘rider’, bukan penyelesaian isu keselamatan
- Dulu bukan main bangga dengan LCS, sekarang Chin Tong buat bising pula
- Memeranjatkan jika saya perlu siasat Hakim Mohd Nazlan – Najib
- Hasanah dibebas sepenuhnya kes pecah amanah RM50.4 juta
- Tutup SPAD: Saya kena tanggung dosa PH – Wee Ka Siong
- Siasat doktor rakam video pekerja bogel dalam tandas – Exco
- Umpama Berniaga Zaman Jahiliah! Hukum Jual Beli ‘Cedok’ Di TikTok Adalah Haram- Pakar Syariah
- Pegawai hanya tahu makan gaji jangan hantar ke ‘JAKOA’ – MP Cameron Highland
- Isu LCS serlah hipokrasi PKR, DAP
- Polis buru suspek samun bersenjata, tinggal kereta dalam keadaan terbakar
- Bayi 6 bulan maut dibawa ‘melancong’ 500 kilometer naiki motosikal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengarah urusan dihukum penjara 230 tahun tipu pakej umrah, ziarah
You must be logged in to post a comment.