EXCO Kelantan antara akan dipanggil SPRM

EXCO Kelantan antara akan dipanggil SPRM

Beberapa lagi individu termasuk seorang EXCO Negeri Kelantan akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB).

Semua mereka akan dipanggil pada bila-bila masa secara berperingkat secepat mungkin, menurut sumber dipetik Bernama.

“Setakat ini jumlah saksi-saksi yang akan dipanggil tidak dapat didedahkan lagi. Selain saksi, SPRM akan turut mengambil dokumen-dokumen di pejabat berkaitan bagi membantu siasatan,” katanya.

Seramai empat individu termasuk bekas pengurus besar AKSB, seorang kakitangan AKSB, seorang pengarah syarikat dan seorang pengurus projek berkaitan kerja-kerja AKSB sudah direman bagi membantu siasatan terhadap anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu.

Baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM bagi menjalankan siasatan.

Terdahulu pada 9 Julai, SPRM menahan tiga lelaki termasuk seorang bekas pengurus besar AKSB bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah yang melibatkan projek bernilai lebih RM27 juta antara 2015 dan 2019.

Dua lagi yang ditahan bersama bekas pengurus berumur 60 tahun itu adalah seorang pegawai AKSB yang berusia 39 tahun dan seorang pengurus projek sebuah syarikat berusia 43 tahun.

Menurut sumber SPRM, ketiga-tiga mereka ditahan antara pukul 4.25 petang dan 6.30 petang selepas memberi keterangan di Pejabat SPRM Kelantan, di sini.

Penahanan itu dilakukan selepas SPRM menerima maklumat daripada orang awam. SPRM telah mendapat perintah reman selama tiga hari bermula hari ini terhadap ketiga-tiga mereka.

Difahamkan ia bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan atas dakwaan pembabitan dalam rasuah daripada sebuah syarikat untuk mendapatkan projek dan kerja daripada AKSB, yang juga anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Menurut sumber, kes berkenaan adalah antara kes berprofil tinggi yang melibatkan anak syarikat kerajaan negeri Kelantan dan siasatan lanjut mengenainya akan dilakukan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. FMT

EXCO Kelantan antara akan dipanggil SPRM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


UMNO kekal tolak Anwar, Pakatan Harapan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker