Merrywati Manuil pilih bertudung ketika bersilat

Merrywati Manuil pilih bertudung ketika bersilat

Pesilat wanita negara, Merrywati Manuil mendedahkan beliau selesa bertudung ketika menyertai pertandingan silat meskipun beragama Kristian.

Menerusi satu hantaran di Facebook miliknya hari ini, Merrywati menjelaskan beliau sangat menghormati warisan Melayu serta mengagumi seni silat.

“Banyak bertanya kenapa saya pakai tudung walaupun saya Kristian. Silat adalah warisan orang Melayu. Saya sangat menghormati dan mencintai silat.

“Walaupun tidak diwajibkan untuk memakai tudung. Saya memilih untuk memakai tudung ketika pertandingan,” tulisnya.

Jelasnya, tudung juga membuatkan dirinya kelihatan lebih sopan, kemas dan beradab ketika pertandingan.

Tambahnya, pemakaian tudung ketika pertandingan bukan satu paksaan daripada mana-mana pihak.

“Saya belajar ilmu orang Melayu, sudah tentu saya mengikuti dan melakukan apa yang saya pelajari.

“Semoga persoalan memakai tudung ini terjawab,” jelasnya.

Terdahulu, baru-baru ini pesilat wanita negara dari Sabah itu tular di media sosial dengan kelincahan aksinya dalam Silat Tari Sembah ketika Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC). K Online

Merrywati Manuil pilih bertudung ketika bersilat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu

Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker