Lelaki ditemui maut, sempat tinggal pesan kepada isteri

Lelaki ditemui maut, sempat tinggal pesan kepada isteri

IPOH – Seorang lelaki sempat meninggalkan pesanan dan ucapan selamat tinggal kepada isterinya sebelum ditemui maut dengan kesan kelar di leher di belakang sebuah kilang di Dataran Kledang Menglembu di sini pada Isnin.

Keadaan mangsa berusia 58 tahun itu disedari orang awam sebelum melaporkannya kepada polis sekitar jam 9.46 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, kali terakhir mangsa ada berhubung dengan isterinya melalui aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, mangsa memberitahu isterinya untuk mengambil semua wang simpanan di bank untuk kegunaannya bersama anak-anak dan memberi isyarat ‘bye’ seolah-oleh mahu meninggalkan keluarga.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati, terdapat kesan kelar pada leher mangsa sepanjang 16 sentimeter.

“Turut ditemui pisau pemotong daging di sebelah mangsa yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

“Polis bagaimanapun tidak menemui kesan jenayah lain pada tubuh mangsa, telefon bimbit dan pengenalan diri masih berada bersama mangsa,” katanya ketika dihubungi pada Isnin. Sinar

Lelaki ditemui maut, sempat tinggal pesan kepada isteri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu

Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker