Gadis cantik tidak kisah bergelar petani cendawan
JAKARTA – Seorang gadis yang bergelar petani cendawan dari Tasikmalaya, Jawa Barat menjadi perhatian netizen Indonesia kerana memiliki paras rupa yang menawan, lapor portal berita Wolipop hari ini.
Berdasarkan video yang dikongsikan sebuah saluran YouTube, gadis bernama Santi itu memaparkan rutian kehidupan hariannya menanam dan menuai cendawan tiram.
Dia yang memakai tudung berwarna hitam dan berkain batik, dirakam melakukan aktiviti menuai cendawan.
Menurut Santi, pada setiap hari dia akan berkunjung ke kawasan penanaman cendawan dan mengumpul hasil tanaman yang sudah siap dituai.
“Setiap hari, saya menuai cendawan pada pukul 9 atau 11 pagi (waktu tempatan). Jika sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan), cendawan masih kecil.
“Selepas dikutip, saya akan membawa cendawan-cendawan itu ke bandar,” kata Santi dalam video tersebut.
Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.
“Rajin Cik Santi bekerja. Gadis ini patut dicontohi oleh wanita-wanita lain.
“Sudahlah rajin, murah pula senyuman. Kalau diberi jodoh seperti Cik Santi, bagaikan dikurniakan isteri bidadari. Semoga sihat selalu dan berjaya,” kata seorang netizen.
Dalam pada itu, Wolipop menghubungai pemilik saluran YouTube yang memuat naik video Santi bagi mendapatkan kepastian mengenai gadis itu.
Menurut Dany Ramdany, dia memilih Santi dalam kandungan videonya kerana keadaan kehidupan gadis itu yang kurang bernasib baik berbanding gadis-gadis lain, namun mempunyai penampilan dan sikap yang baik.
“Pada usia dua tahun, Santi telah ditinggalkan ibu bapanya dan tinggal bersama neneknya. Selepas neneknya meninggal dunia, dia tinggal dengan bapa saudaranya,” kata Dany. – Agensi
Gadis cantik tidak kisah bergelar petani cendawan
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Hadi silap, patut ‘kawan’ dengan Umno, bukan Bersatu – Khairuddin
- Gaza lumpuh dibedil tentera Israel, puluhan terbunuh termasuk kanak-kanak
- Angin kencang Noh Salleh, Mizz Nina
- Padah muat naik klip video berunsur lucah
- Video lucah, penyanyi terus membisu
- Pak guard dilibas pedang kerana tegur penunggang motosikal meninggal dunia
- Pergaduhan kaum di Sungai Petani? Ini sebenarnya yang berlaku
- Sup Khao Soi Thailand paling sedap di dunia, gulai Malaysia di tempat ke-20
- Daiyan Trisha beli rumah mewah impian
- Dua Adik-Beradik Tinggal Bawah Jambatan Lepas Bapa Kahwin Lain
- Jangan kerana meraikan toleransi berbilang kaum, akidah tauhid tergadai
- Mukhriz pemimpin setanding Mahathir?
- Bekas KPN Hamid Bador akhiri zaman duda, kahwini pegawai polis – Laporan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol
You must be logged in to post a comment.