Rai 100 Juta ‘Subscriber’, YouTuber MrBeast Hadiahkan Pulau Persendirian

 

Rai 100 Juta ‘Subscriber’, YouTuber MrBeast Hadiahkan Pulau Persendirian

YOUTUBER terkenal, MrBeast melakukan ‘kerja gila’ bagi meraikan kejayaannya memperoleh 100 juta subscriber di salurannya.

Pencipta kandungan popular itu menghadiahkan pulau persendirian kepada salah seorang subscriber bertuahnya.

Dia memuat naik sebuah video bertajuk I Give My 100,000,000th Subscriber A Private Island, yang menyaksikan Donaldson menerbangkan 100 orang subscriber ke sebuah lokasi untuk bersaing mendapatkan kunci ke pulau persendirian itu.

Kesemua mereka mempunyai empat cabaran yang perlu dilalui sebelum diisytiharkan pemenang.

Cabaran pertama memerlukan para peserta berlumba untuk menyalakan api menggunakan peralatan minimum, dan hanya 50 orang yang berjaya mara ke pusingan seterusnya.

Cabaran kedua menyaksikan MrBeast mencipta semula permainan ikonik Squid Games ‘red light, green light’ dalam sebuah bot di tengah lautan.

Perlawanan seterusnya menyaksikan 10 peserta berdiri di atas 10 papan, dengan lima papan jatuh secara rawak.

Dalam cabaran terakhir, Donaldson menyembunyikan plak khas pencapaian 100 juta subscriber yang diperoleh dari YouTube di satu lokasi di pulau itu, tertimbus di bawah pasir, dan peserta pertama yang berjaya mencarinya dinobatkan sebagai pemenang

“Plak ini adalah hidup saya selama sedekad ini.

“Terima kasih kepada semua yang menjadi subscriber saya. Saluran ini sangat bermakna kepada saya dan saya amat menghargai sesiapa sahaja yang pernah menonton video di saluran saya,” kata Donaldson.

Rai 100 Juta ‘Subscriber’, YouTuber MrBeast Hadiahkan Pulau Persendirian

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker