Ismail Sabri sedia laksanakan PRU-15 jika PN tarik sokongan

Kerajaan bersedia hadapi kemungkinan jika ada parti tarik sokongan dan menyebabkan pilihan raya umum ke 15 terpaksa diadakan, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Kalau ada pihak yang menarik sokongan dan kerajaan tumbang, maka pilihan raya perlu diadakan selepas itu.

“Kerajaan sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya dalam apa juga keadaan.



“Kalau kita masih kekal, kita pertimbangkan tarikh pilihan raya mengikut kesesuaian dan saya sudah sebutkan pilihan raya akan tetap diadakan,” katanya, lapor BH Online hari ini.

Terdahulu, dilaporkan Perikatan Nasional (PN) sedang menimbang untuk menarik balik sokongan terhadap Ismail Sabri sebagai perdana menteri.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri dipetik berkata dia difahamkan penarikan sokongan PN itu tidak dikeluarkan secara rasmi dan kenyataan berkenaan hanya dibuat oleh satu dua orang saja.

“Saya pun dengar macam tu saja, ada ahli parti itu yang menyatakan perkara itu tidak dibawa ke dalam mesyuarat parti pun.



“Dari segi tindakan kita tunggu dulu keputusan rasmi parti berkenaan,” katanya.

Pun begitu, Ismail menegaskan mana-mana parti politik boleh membuat keputusan sendiri.

“Apa yang penting, (penarikan sokongan) kesannya kita terpaksa hadapi pilihan raya.

“Kalau semua bersedia, maka kita tiada pilihan untuk mengadakan pilihan raya,” jelasnya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk



I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker