Bumi berputar semakin laju punca hari paling singkat

MOSCOW – Saintis-saintis menyatakan bahawa perubahan iklim, aktiviti seismik dan fenomena dikenali sebagai Chandler Wobble menjadi punca rekod hari paling singkat pada 29 Jun lalu, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pada hari kejadian, Bumi melengkapkan putaran penuh dalam masa 1.59 milisaat kurang daripada masa standard 24 jam.

Fenomena itu turut didakwa berpunca daripada perubahan putaran Bumi pada paksinya yang mengalami gerakan goyah dipanggil ‘Chandler Wobble’. Ia berfungsi sama seperti putaran gasing yang bergoyang apabila mula perlahan.



Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, putaran Bumi menjadi semakin laju yang mengakibatkan hari yang lebih singkat.

Pemanasan global yang mencarikan ais dan salji pada kadar lebih pantas juga didakwa memberi kesan kepada kejadian tersebut.

Kajian menunjukkan apabila glasier mencair akibat peningkatan suhu atmosfera dan pembakaran bahan api fosil, pengagihan semula jisim menjadikan Bumi beralih dan berputar lebih pantas pada paksinya.

Ini membawa kepada pencairan ratusan bilion tan ais setahun ke dalam lautan yang menyebabkan Kutub Utara dan Kutub Selatan bergerak ke arah timur sejak pertengahan 1990-an.



Gempa bumi dan aktiviti seismik lain juga boleh memberi kesan kepada kelajuan putaran Bumi. Fenomena itu boleh menggerakkan jisim ke arah pusat Bumi.

Sebagai contoh, gempa bumi pada 2004 yang mengakibatkan tsunami di Lautan Hindi telah mengalihkan batuan yang cukup untuk memendekkan waktu pada hari kejadian sebanyak hampir tiga mikrosaat.

Peredaran lautan dan tekanan di dasar laut turut menarik paksi Bumi. Pada November 2009, peristiwa di Lautan Selatan menjadikan Bumi berputar lebih laju dan memendekkan separuh daripada hari dalam bulan itu sebanyak 0.1 milisaat.

Sesetengah pakar percaya bahawa sesuatu mungkin berlaku pada teras dan mantel Bumi.



“Kami tidak pasti kerana Bumi adalah sistem yang sangat kompleks tetapi saya percaya ia menyebabkan Chandler Wobble terjejas dan tempoh hari berkurangan secara serentak.

“Tiada siapa menjangkakan bahawa Bumi akan mula berputar dengan lebih pantas,” kata Dr. Leonid Zotov dari Institut Astronomi Sternberg, Moscow. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri



Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker