Kerajaan Belum Tetap Tarikh Tarik Balik Sekatan Eksport Ayam – Nanta

Kerajaan Belum Tetap Tarikh Tarik Balik Sekatan Eksport Ayam – Nanta

Kerajaan belum lagi menetapkan tarikh bagi menarik balik sekatan pengeksportan ayam, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata sebagai sebuah industri yang besar sebarang keputusan mengenai perkara itu perlu pertimbangan semua pihak.



“Perkara ini telah dibincangkan di peringkat Kabinet sebelum ini… Sebarang keputusan mengenai perkara ini akan diumumkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta kementerian berkaitan,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat tinjauan ke pameran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Sarawak di sini hari ini, Nanta berkata buat masa ini bekalan ayam di peringkat domestik berada pada paras mencukupi.

“Kita difahamkan untuk ayam ada lebihan bekalan, walaupun ada harga maksimum kita dapati ayam dijual jauh lebih rendah daripada harga tersebut (maksimum) di banyak tempat,” katanya.

Pada 4 Ogos lepas, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata sekatan pengeksportan ayam pedaging hidup yang masih berkuat kuasa adalah bersifat sementara, iaitu sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil sepenuhnya.



Ronald berkata kerajaan juga sedar peningkatan kos pengeluaran ayam berikutan kenaikan kos makanan ternakan dan pemberhentian eksport memberi kesan kepada pulangan penternak.

Kerajaan turut bersetuju memberi subsidi kepada penternak ayam pedaging dan ayam penelur berjumlah RM1.1 bilion secara keseluruhannya bagi meringankan beban penternak ayam, menurut Ronald.– BERNAMA

Kerajaan Belum Tetap Tarikh Tarik Balik Sekatan Eksport Ayam – Nanta

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri



Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker