Pekerja pembersihan maut dilanggar warga emas ketika potong rumput

Pekerja pembersihan maut dilanggar warga emas ketika potong rumput

KULIM: Seorang pekerja kontrak pembersihan maut setelah dilanggar sebuah kereta dipandu warga emas berusia 77 tahun ketika memotong rumput di tepi jalan di Taman Selasih, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintenden Mohd Redzuan Salleh berkata, kejadian jam 1 tengah hari itu dipercayai berlaku apabila pemandu kereta terbabit hilang kawalan.



“Ketika kejadian mangsa sedang mesin rumput di Jalan 4 Taman Selasih manakala kereta jenis Proton Iswara berkenaan datang dari kawasan perniagaan Taman Selasih hendak pulang ke rumah di lorong 8/3 Taman Selasih.

“Apabila tiba di tempat kejadian pemandu kereta berkenaan telah hilang kawalan dan melanggar mangsa yang sedang berada di kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Redzuan berkata, mangsa berusia 68 tahun itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Katanya, polis menahan pemandu itu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



“Pemandu kereta terbabit mempunyai lesen memandu dan sehingga 2025 manakala kereta itu juga mempunyai cukai jalan dan masih sah sehingga 22 Ogos ini,” katanya.AA

Pekerja pembersihan maut dilanggar warga emas ketika potong rumput

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk



I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker