Perhimpunan ‘rider’: Tiada permohonan diterima polis

BEBERAPA rider berhimpun di sebuah syarikat pengendali penghantaran makanan di Petaling Jaya.

PETALING JAYA: Polis Kuala Lumpur tidak menerima sebarang permohonan berhubung perhimpunan kumpulan penghantar makanan di beberapa lokasi pusat beli-belah di ibu negara, hari ini.

Tular poster penghantar makanan itu didakwa akan berkumpul di 10 lokasi berbeza termasuk lima di ibu negara pada pukul 4 petang ini, sebelum mereka bergerak secara konvoi ke ibu pejabat syarikat penghantaran di Petaling Jaya, Selangor, untuk menyerahkan memorandum.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan untuk menganjurkan perhimpunan itu.

“Berdasarkan maklumat, lokasi perhimpunan di luar Kuala Lumpur, cuma mungkin ada kumpulan yang akan bermula di sini.

“Jadi nasihat saya kepada semua warga penghantar, patuhi peraturan dan undang-undang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam tular poster menunjukkan perkhidmatan penghantar makanan bakal mengalami gangguan selama 24 jam berikutan penghantar makanan merancang melaksanakan mogok kerana tidak puas hati terhadap syarikat pengendali

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh

Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker