Ini sebab Tengku Zafrul masuk politik

Ini sebab Tengku Zafrul masuk politik

Tengku Zafrul Aziz berkata memasuki arena politik adalah keputusan yang sukar tetapi amat diperlukan untuk beliau terus berkhidmat kepada negara.

Dalam wawancara dengan Cable News Network (CNN), beliau berkata, selaku seorang senator sekarang, tempoh perkhidmatannya terhad kepada enam tahun sahaja.

“Jika anda mahu terus berkhidmat untuk negara, anda perlulah menyertai politik secara aktif.

“Tumpuan saya sekarang ialah meneruskan pembaharuan fiskal dan untuk meneruskan dalam jangka masa panjang saya memutuskan untuk memasuki arena politik dan memainkan peranan dalam sebuah parti politik,” katanya.

Walaupun keputusan itu mungkin bukan sesuatu popular, Tengku Zafrul berkata, ia keputusan yang tepat dan penting rakyat memahami mengapa keputusan seperti itu perlu dibuat.

“Anda perlu melakukannya. Tiada pilihan untuk itu. Masalahnya, apabila membuat satu keputusan sukar anda tidak mempunyai masa dan cara terbaik ialah menyuarakannya secara elok.

“Kami memerlukan pengurusan pihak berkepentingan yang lebih mantap dan kami telah melakukannya serta kami membuat banyak keputusan sukar, terutamanya semasa krisis, krisis Covid-19. Jadi, saya fikir komunikasi adalah kuncinya dan yang terbaik juga ialah menumpukan kepada pembaharuan negara,” katanya. FMT

Ini sebab Tengku Zafrul masuk politik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker