Ketua Pemuda UMNO mahu SPRM perlu segera siasat isu LCS

PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda UMNO menggesa SPRM segera menyelesaikan siasatan susulan pendedahan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung kepincangan perolehan kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ketua Pergerakannya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini berikutan laporan SPRM dipercayai telah dibuat sejak tahun lepas, namun sehingga hari ini belum ada apa-apa maklumat mengenai hasil siasatan atau tindakan di peringkat Peguam Negara.

“Pemuda UMNO beranggapan jika wujud sebarang salah laku, penyelewengan mahupun unsur-unsur rasuah, pihak SPRM harus segera mengambil tindakan tegas dan pantas membawanya ke pihak Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya termasuk pendakwaan.

“Selagi tiada pendakwaan mahupun tindakan tegas undang-undang bagi sebarang bentuk salah laku, selagi itulah pelbagai polemik bakal timbul seolah-olah kepincangan didiamkan dan dibiarkan berlaku begitu sahaja,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam media melaporkan, PAC menyenaraikan sembilan rumusan punca kepincangan projek pembinaan enam buah LCS untuk kegunaan TLDM itu.

Antara kepincangan tersebut ialah kerajaan gagal mengesan masalah kewangan BNS berhubung perolehan LCS semasa melakukan penilaian terhadap syarikat berkenaan.

Laporan PAC juga mendedahkan, kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah kapal LCS pun yang disiapkan.

Susulan itu, PAC turut mengemukakan tujuh syor penambahbaikan, yang antaranya menyarankan Kementerian Pertahanan melihat semula opsyen dan menetapkan hala tuju terbaik bagi projek LCS dan memastikan wang awam dibelanjakan secara bertanggungjawab

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh

Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker