Gesaan Anwar henti projek LCS bermotif politik – Hishammuddin

Gesaan Anwar henti projek LCS bermotif politik – Hishammuddin

Gesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya kerajaan menghentikan projek kapal tempur pesisir (LCS) fasa enam yang ketika ini masih belum dimulakan hanya bermotifkan politik.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ini kerana kenyataan ketua pembangkang itu bercanggah dengan keputusan yang dibuat oleh Pakatan Harapan (PH) ketika mereka memerintah selama 22 bulan sejak 2018.



Katanya, ketika itu PH memutuskan untuk meneruskan projek pembinaan LCS bagi mengukuhkan keupayaan operasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu jelas berkisar kepada pertimbangan dan mainan politik semata-mata kerana jika dihentikan (projek LCS), ia bercanggah dengan pendirian ketika mereka (PH) memerintah.

“Berdasarkan laporan yang saya terima, kenyataan Anwar itu menimbulkan kemarahan ramai pihak. TLDM akan marah jika projek itu dibatalkan (kerana membabitkan aset mereka) dan tindakan itu juga akan menyebabkan 400 vendor gulung tikar dengan 90 peratus daripada jumlah vendor itu adalah kalangan veteran tentera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Poliklinik Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Penrissen di sini, hari ini.



Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Muez Abd Aziz; Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Terdahulu, Anwar dalam kenyataan menggesa kerajaan menghentikan projek perolehan LCS fasa enam susulan pendedahan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) semalam.

Katanya, tindakan segera perlu diambil bagi memastikan negara tidak berdepan kerugian sebanyak RM500 juta lagi sekiranya projek berjalan, selain ia sudah menanggung kos besar sebelum ini yang didakwa tidak membuahkan hasil.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, pembatalan projek itu juga akan menyebabkan percanggahan dengan pendirian PAC sendiri, kerana tujuh syor yang dikemukakan jawatankuasa itu tidak mencadangkan pembatalan.



“Jadi apa yang diluahkan oleh Anwar itu hanyalah berkisar kepada political mileage sahaja. Kalau nak bermain politik, ini bukan masanya,” katanya yang memberitahu Kabinet tidak akan meluluskan langkah pemulihan projek sekiranya ia merugikan seperti didakwa Anwar.

Menurutnya, apa yang penting adalah memberi tumpuan terhadap tempoh enam bulan pemulihan untuk projek LCS seperti diputuskan Kabinet dan beliau sedia bertanggungjawab serta tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam kegagalan projek itu.

“Yang salah tetap salah, tidak kira orang politik atau pihak syarikat. Jika ada penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah, saya percaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah, sedang dan akan mengambil tindakan,” katanya. HM

Gesaan Anwar henti projek LCS bermotif politik – Hishammuddin




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri



Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker