Sukar bercakap, sakit dada, Caprice dikejar ke hospital

Sukar bercakap, sakit dada, Caprice dikejar ke hospital

Penyanyi rap dan usahawan, Caprice dikejarkan ke hospital selepas tiba-tiba sukar untuk bercakap seakan-akan mengalami serangan jantung dan separuh badannya seperti diserang angin ahmar.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 33, berkata, ini adalah pertama kali kesakitan yang dialaminya itu berlaku.



“Saya bangun pagi tadi secara tiba-tiba sakit dada. Sakit yang berbeza ketika saya kena di Jordan dan Kuala Lumpur sebelum ini.

“Agak lama juga, separuh daripada badan saya seperti terkena serangan angin ahmar dan jantung. Saya jadi panik dan terus menghubungi ambulans.

“Saya sedar saya tak boleh bercakap dengan betul dan ia sangat menakutkan. Alhamdulillah, mereka sampai tepat pada waktunya,” katanya di Instagram.

Caprice berkata, hasil ujian darah doktor mengesahkan beliau menghidapi penyakit hipertiroid yang menyebabkannya sukar tidur dan sesak nafas.



“Hasil ujian darah doktor sahkan saya mempunyai penyakit hipertiroid. Patutlah selama ini susah nak tidur, ‘anxienty’ dan sesak nafas.

“Saya tak boleh lama berada di sini (hospital). Terlalu banyak kerja. Harap saya tak lama dekat sini,” katanya. FMT

Sukar bercakap, sakit dada, Caprice dikejar ke hospital


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker