Desak tamat darurat: ‘Ini orang tak faham’, Hamzah sindir Mahathir
PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sepatutnya bersama bertanggungjawab membantu kerajaan melandaikan angka jangkitan Covid-19, bukannya terus menekan Agong untuk membatalkan darurat.
“Ini orang tak faham (Mahathir dan sekutunya), jika tiada darurat, mungkin kita tak dapat turunkan angka secepat mungkin,” kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata, tindakan Mahathir dan kumpulannya menghantar memorandum mendesak darurat ditamatkan segera adalah hak mutlak mereka namun pada dasarnya, Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri tahu proklamasi darurat diperlukan bagi mengawal wabak.
“Tun M dan rakan-rakan dia hantar memorandum ke Istana itu hak mereka, tetapi sama ada diterima atau tidak, itu bab lain. Bagi saya, dia pernah jadi perdana menteri dan dia tahu segala apa yang kita lakukan ini adalah untuk kepentingan rakyat dan negara
“Dia sendiri sudah dapat vaksin,” kata beliau.
Beliau mengulas tindakan Mahathir bersama Pengerusi Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat Khalid Samad dan Presiden Amanah Mohamad Sabu, menghantar permohonan menghadap Agong bagi memohon penamatan proklamasi darurat.
Turut hadir menyerahkan memorandum itu kelmarin, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir, Tian Chua dan Fahmi Fadzil daripada PKR, manakala DAP diwakili Hannah Yeoh, Lim Lip Eng and Teresa Kok.
Dalam kenyataan hari ini, Khalid berkata, Agong sudah memperkenan untuk kumpulan itu menghadap baginda, bagaimanapun, tarikh dan masa akan dimaklumkan pihak Istana kemudian. FMT
Selepas hantar memorandum, Mahathir ‘sokong’ darurat