Tekanan apa, jangan tanya


Penyanyi dan komposer, Amylea Azizan bersyukur masih mampu berkarya biarpun ditimpa dugaan dan tekanan hidup, sejak akhir-akhir ini.

Putus tunang dengan Farouk Roman seperti yang disahkan, baru-baru ini, Amylea mengambil masa untuk mengembalikan semangat berkarya.

“Saya bersyukur di sebalik halangan dan tekanan yang dilalui selama ini, akhirnya, saya dapat menghadiahkan sebuah lagu baharu, Kendati untuk mereka yang meminati bakat ini.

Amylea bersyukur masih mampu berkarya biarpun hidupnya diuji baru-baru ini. Foto IG Amylea Azizan
Amylea bersyukur masih mampu berkarya biarpun hidupnya diuji baru-baru ini. Foto IG Amylea Azizan
“Halangan dan tekanan apa yang dimaksudkan, tidak perlulah saya hurai lanjut,” katanya kepada BH Online.



Amylea berkata, kali terakhir dia muncul dengan single baharu, tahun lalu, namun, membabitkan kolaborasi dengan komposer lain.

“Lagu terakhir yang saya cipta sepenuhnya adalah Pudar nyanyian Indah Ruhaila,” katanya.

Mengenai single Kendati yang menjadi runut bunyi drama Takdir Yang Tertulis arahan Shahrulezad Mohameddin yang disiarkan slot Samarinda TV3, Amylea berkata:

“Lagu ini sangat istimewa. Liriknya terpulanglah kepada sesiapa pun untuk menilai dan menterjemahkan apakah ia sebenarnya cerita saya.



“Karya ini sangat peribadi. Apa yang saya himpunkan dalam lagu ini tulus daripada hati sendiri,” katanya yang mengambil masa dua jam merakamkan lagu itu di Studio Kamar Seni.

Amylea yang juga bekas peserta musim ketiga Akademi Fantasia (AF) berkata, Kendati dikategorikan lagu balada sedih.

“Dalam lagu ini, ada secebis harapan yang bersarang di hati. Walaupun sudah disakiti dan ditipu akibat curang, dia masih setia dan mahu menyayangi insan istimewa itu.

“Bukan senang hendak membenci orang yang kita sayang. Apabila dirasakan cinta itu sejati dan tulus, biar apa saja yang berlaku, sayang itu tetap ada,” katanya.



Kendati juga membuktikan Amylea terus selesa bekerjasama dengan syarikat produksi Radius One sejak 14 tahun lalu.

“Daripada drama Sindarella pada tahun 2007 sampai sekarang, Takdir Yang Terindah, kerjasama dengan produksi ini dan Shahrulezad masih baik.

“Kami sudah faham apa yang mahu dijalinkan antara plot cerita dan lagu. Saya juga mendapatkan khidmat pelakon drama itu, Nad Zainal untuk melontarkan bait kata atau monolog pada permulaan lagu ini,” katanya. BH

Setelah 34 tahun, Roy kembali berkarya bersama Fauziah Latiff



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker