Isteri Abu Lahab digelar pembawa kayu api, ini sebabnya

Isteri Abu Lahab digelar pembawa kayu api, ini sebabnya

Pada hari yang mulia ini, apa kata kita membaca pula sebuah kisah sirah yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW untuk diambil iktibar. Kisah mengenai seorang wanita bernama Ummu Jamil yang merupakan isteri kepada Abu Lahab.

Umum mengetahui, Abu Lahab adalah bapa saudara kepada Nabi Muhammad SAW dan juga salah satu musuh Islam pada zaman baginda. Kali ini, penulis bawakan kisah mengapa wanita ini digelar sebagai ‘pembawa kayu api’ berdasarkan perkongsian daripada Dr. Ahmad Sanusi.



MENGAPA ISTERI ABU LAHAB DIGELAR “PEMBAWA KAYU API”?

Di dalam Surah al-Masad, Allah menyifatkan isteri Abu Lahab sebagai “pembawa kayu api.”

Timbul persoalan, mengapa Allah membayangkan isteri Abu Lahab, atau nama sebenarnya Ummu Jamil sebagai pembawa kayu api?

MENURUT AL-IMAM AL-TABARI & AL-BAYHAQI



Menurut al-Imam al-Tabari dan al-Bayhaqi, sifat demikian diberikan kepada Ummu Jamil kerana dia sering mengutip duri-duri kayu lalu diletakkan di laluan Nabi untuk menyakiti Baginda.

Sifat membawa duri kayu ini disifatkan sebagai orang yang membawa kayu api kerana menimbulkan api kebencian dan menyemarakkan kesusahan bagi orang lain. (al-Tabari, Jami al-Bayan, 24/679)

AL-IMAM MUJAHID MENTAFSIRKAN…

Al-Imam Mujahid pula mentafsirkan sifat “pembawa kayu api” ini sebagai sikap Ummu Jamil yang suka mengadu domba dan menimbulkan api pergaduhan. (Wahbah al-Zuhaili, Tafsir al-Wasit, Dar al-Fikr, 1422, 3/2955)



IBN ATIYYAH MENJELASKAN BAHAWA,

Manakala Ibn Atiyyah pula menjelaskan bahawa, kayu api tersebut adalah kiasan bagi dosa yang dipikul oleh Ummu Jamil sendiri.

Ini membawa maksud bahawa, Ummu Jamil sedang memikul kayu api dosa iaitu dosa-dosanya sendiri yang akan menjadi bahan bakar buat dirinya sendiri di dalam neraka nanti! (Ibn Atiyya, al-Muharar al-Wajiz, 5/535).

HURAIAN AL-IMAM IBN KATHIR MENYATAKAN



Apa yang lebih menarik adalah huraian oleh al-Imam Ibn Kathir. Menurut beliau, perkataan “pembawa kayu api” ini bukan bermaksud apa yang telah berlaku, tetapi apa yang akan berlaku.

Di neraka kelak, Ummu Jamil akan membawa kayu api, bukan sahaja untuk membakar dirinya, malah memberikan azab buat membakar suaminya sendiri nanti. (Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah)

KEHALUSAN BAHASA AL-QURAN TELAH MENGGAMBARKAN

Allahu. Lihatlah betapa halusnya bahasa al-Quran. Sikap suami yang tidak berdaya menjaga isterinya mampu untuk memberikan azab ke atas dirinya sendiri kelak.



Allah membayangkan Ummu Jamil sendiri yang akan memikul kayu api untuk membakar dirinya dan suaminya di neraka kelak.

Sama-sama kita bermuhasabah. Moga Allah mengampunkan diri kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

Isteri Abu Lahab digelar pembawa kayu api, ini sebabnya


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker