Kenali The Sara Sisters

Kenali The Sara Sisters

SYARIKAT hiburan, Rocketfuel Entertainment sekali lagi menerajui industri muzik tempatan dengan memperkenalkan kumpulan pop wanita yang terdiri daripada empat beradik dikenali sebagai The Sara Sisters.

Sebelum ini The Sara Sisters dikenali dalam kalangan pengguna aplikasi TikTok apabila kebanyakan kandungan dihasilkan mereka sering ‘trending’ dan menarik perhatian warga maya.



The Sara Sisters yang berasal dari Kuala Lumpur terdiri daripada Sara Jasmin, 27, Sara Alia, 22, Sara Aqila, 21, dan Sara Qaleesya, 20.

Sara Jasmin berkata, dia tidak menjangka mendapat tawaran daripada Rocketfuel Entertainment untuk bernaung di bawah syarikat itu.

“Alhamdulillah, terima kasih yang tidak terhingga buat Rocketfuel Entertainment kerana menyunting kami empat beradik untuk menjadi artis di bawah naungan mereka.

“Semuanya bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama pada 2020 di mana kami sering menghasilkan video cabaran tarian di TikTok dengan mendapat banyak tanda suka sehingga mula dikenali ramai,” katanya.



Bagi Sara Alia, kemunculan mereka dalam industri muzik tanah air menjadikan mereka kumpulan adik-beradik pertama seumpamanya di Malaysia kerana belum pernah ada kumpulan nyanyian dengan empat orang bersaudara sekali gus.

“Ramai ingat kami adalah ‘quadruplet’ atau kembar empat kerana memiliki raut wajah yang seakan-akan sama, namun hakikatnya kami dilahirkan pada tahun yang berbeza.

“Mungkin kerana keistimewaan itu kami menjadi perhatian sehingga dipelawa menjadi sebahagian daripada keluarga besar Rocketfuel Entertainment,” katanya.


SARA Aqila (dari kiri), Sara Alia, Sara Qalisya dan Sara Jasmin.



Lebih menarik, walaupun mereka mempunyai raut wajah seiras, masing-masing berperwatakan berbeza iaitu Sara Jasmin lebih prihatin, Sara Alia gemar berjenaka, Sara Aqila pula seorang yang ‘happy-go-lucky’ dan Sara Qaleesya mempunyai keyakinan tinggi.

Bagi Sara Aqila pula, dia tidak sabar melancarkan single sulung The Sara Sisters, sekali gus mendengar sendiri maklum balas peminat.

“Kami sangat teruja dan tidak sabar untuk memperdengarkan single sulung yang dilancarkan tidak lama lagi.

“Setakat ini, apa yang boleh saya kongsikan adalah semuanya bakal menjadi kejutan kerana kami mahukan sesuatu yang lain dari lain. Lagu pertama itu nanti bakal menjadi bayangan jenis muzik yang akan kami bawakan kelak,” katanya.



Dalam masa sama, Sara Qaleesya berkata, buat masa sekarang The Sara Sisters mahu memberikan fokus dalam bidang nyanyian terlebih dahulu.

“Kalau boleh, kami mahu betul-betul fokus dalam bidang nyanyian terlebih dahulu sebelum mencuba bidang lain seperti lakonan, pengacaraan dan lain-lain.

“Sebagai kumpulan empat beradik yang pertama di Malaysia, kami akan buktikan pada semua yang kami juga mampu memberi saingan sihat kepada ‘band girl’ sedia ada,” katanya.

Sementara itu, Ketua Rocketfuel Entertainment, Feros Sayna berkata, The Sara Sisters mempunyai daya tarikan tersendiri, selain bersaudara mereka mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan tarian dan mampu pergi jauh.



“Semoga ini menjadi permulaan yang baik bagi mereka dalam mewarnai industri muzik tempatan dan menjadi kumpulan M-pop yang terkenal pada satu hari nanti. Nantikan kemunculan The Sara Sisters secara rasminya tidak lama lagi,” katanya. HM

Kenali The Sara Sisters


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker