Masalah brek punca lori rempuh 8 kenderaan, pemandu lori ditahan
SERDANG – Masalah brek dipercayai punca pemandu gagal mengawal lori lalu merempuh lapan kenderaan di Lebuh Raya Puchong-Bukit Jalil (berhadapan Mercedes Hap Seng), dekat sini petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Izuddin Ab Wahab berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah menerima laporan kemalangan melibatkan sebuah lori yang membawa muatan batu kerikil dan lapan kenderaan sekitar pukul 2 petang.
“Kemalangan dipercayai berlaku semasa lori berkenaan datang dari arah Bukit Jalil menghala Puchong.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu lori berkenaan dipercayai gagal memberhentikan kenderaannya lalu merempuh lapan kenderaan yang berada di hadapannya,” ujarnya sebentar tadi.
Menurutnya, semasa kejadian didapati keadaan kenderaan di lokasi kemalangan bergerak perlahan ekoran faktor kesesakan.
Jelas beliau, perlanggaran dipercayai berlaku ekoran masalah pada sistem brek lori yang tidak berfungsi dengan baik.
Justeru itu, katanya, pihak polis menahan pemandu lori yang merupakan rakyat tempatan berusia 34 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Tambahnya, semakan mendapati pemandu berkenaan mempunyai 13 rekod saman lampau yang telah dijelaskan dan berdasarkan ujian alkohol yang dijalankan mendapati negatif
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Beli senjata api guna alamat kurier, kontraktor dicekup
- Zaid kini di pihak Najib
- Hot FM tak ‘curi’ Johan, Fizi – Nazri
- Pesta kutip ribuan minyak masak paket terapung di Laut Jawa
- Ibu muda jual gambar lucah demi raih populariti media sosial
- Aween perit jadi mangsa santau
- Ajak Shiro Buka Kisah Lama Dedah Sikap Shahrol… Suruh Tolak Tawaran ERA Fm Tapi…[VIDEO]
- Suria FM tak profesional – Shahrol Shiro
- Warga Singapura langgar kereta Tunku Idris tampil beri keterangan
- Ahli Parlimen dakwa Sabah, Sarawak jadi tong sampah untuk polis bermasalah
- Zamri Vinoth mengaku tak bersalah mendatangkan kecederaan, ugutan jenayah
- Lelaki campak 3 budak, terjun MRR2
- Kisah Cinta Aedy Ashraf & Amelia Henderson Dah Berakhir?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini
“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…
Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok
You must be logged in to post a comment.