GST penyelesai masalah ekonomi Malaysia


GST penyelesai masalah ekonomi Malaysia

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah penyelesaian kepada masalah struktur ekonomi Malaysia dan penghapusannya adalah satu kesilapan, kata bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata, kepentingan sistem GST dalam struktur ekonomi sesebuah negara adalah kemampuannya untuk menghapuskan kegiatan ekonomi gelap dan ekonomi bayangan dalam tempoh tiga hingga empat tahun selepas dilaksanakan.

”Kerajaan (BN) ketika itu laksanakan GST bukan kerana ingin buat, tapi disebabkan sistem GST ini mampu menyelesaikan masalah struktur ekonomi. Pelaksanaan GST ketika itu sudah sempurna seperti hampir 170 negara lain di dunia.



“Ia boleh menghapuskan ekonomi bayangan secara beransur-ansur. Ia (ekonomi gelap dan bayangan) tak boleh (dihapuskan) secara drastik .. laksana hari ini, esok hilang,” katanya dalam Forum Berani Benar: Malaysia Bakal Menjadi Sri Lanka? secara maya, malam tadi.

Johari berkata, GST boleh menghapuskan ekonomi gelap dan ekonomi bayangan secara beransur-ansur kerana sistem itu dapat mengesan sesebuah syarikat sama ada bersaiz besar, sederhana atau kecil yang cuba lari daripada pembayaran cukai.

Beliau menjelaskan, kegiatan lari daripada pembayaran cukai sukar untuk dikesan pada tahun pertama atau kedua pelaksanaan GST, tetapi dalam tempoh empat atau lima tahun selepas itu, syarikat yang culas, terutama berskala besar tidak akan dapat terlepas.

“Lama kelamaan, hanya tinggal syarikat kecil saja kerana syarikat yang besar dijamin kena bayar cukai, tak boleh elak lagi kerana (terdapat) sistem GST.



“Namun, apa yang berlaku, selepas pelaksanaan GST dalam tempoh kurang tiga tahun, kerajaan bertukar dan pentadbiran baharu terus hapuskan GST. Sebenarnya, mereka tidak perlu hapuskan tetapi kaji dan turunkan peratusan daripada enam kepada tiga peratus.

“Akibatnya, ketika ini, ekonomi gelap atau bayangan semakin meningkat. Tiada sistem yang boleh kawal atau tangkap mereka,” katanya.

Johari seterusnya berkata, pendapatan daripada GST boleh digunakan semula untuk mengukuhkan ekonomi sosial rakyat dan infrastruktur negara.

Beliau berkata, langkah yang dilaksanakan kerajaan ketika itu adalah tepat walaupun sedar pelaksanaan GST memberi kesan dari segi risiko politik.



Katanya, kerajaan BN ketika itu sanggup mengambil risiko di sebalik kesan risiko politik untuk kebaikan dan kesejahteraan negara serta rakyat kerana berdasarkan kajian, banyak kerajaan yang melaksanakan GST akan tumbang dan tidak mendapat mandat rakyat.

“Tetapi kita ambil risiko ini demi rakyat dan negara. Kerajaan ketika itu sedar kesan-kesannya, namun GST adalah sistem terbaik untuk penyelesaian masalah struktur ekonomi,” katanya.

Johari bagaimanapun berkata, GST tidak boleh dilaksanakan semula pada masa sekarang kerana ekonomi negara berada dalam keadaan yang tidak stabil dan banyak implikasi buruk bakal berlaku jika diperkenalkan semula sekarang.

“Masa GST diperkenalkan dulu, ekonomi negara berada dalam keadaan stabil. Tetapi kini ekonomi tidak stabil, tidak menentu. Tidak boleh laksanakan GST. Jika buat ia akan memberi impak yang sangat dahsyat kepada ekonomi,” katanya. BH



GST penyelesai masalah ekonomi Malaysia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh



Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker