Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup

GEORGE TOWN – Bukan saja ruang makanan pelanggan dipenuhi najis tikus, malah hampir keseluruhan ruang premis tersebut.

Itu keadaan sebuah restoran nasi kandar terkenal dengan masakan mi goreng di Tanjung Bungah di sini yang diberikan notis penutupan sementara susulan gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

Lebih meloyakan najis tikus itu ditemui berhampiran dengan cucur yang baru siap disediakan pekerja restoran terbabit sebagai bahan dalam penyediaan mi goreng terbabit.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Jabatan Pelesenan MBPP, M. Bawani berkata, operasi ini merupakan kali ketiga restoran nasi kandar itu diarahkan tutup atas faktor gagal mematuhi tahap kebersihanan yang ditetapkan.

“Nasihat, amaran serta kompaun telah diberikan terhadap pemilik restoran menerusi pemeriksaan berkala yang dilakukan MBPP sejak awal tahun namun tiada sebarang penambahbaikan dibuat.

“Sehubungan itu, hari ini kita lakukan penutupan premis susulan banya amaran serta kompaun telah dikenakan terhadap pemilik premis ini namun mereka dilihat masih degil.

“Bukan saja najis tikus ditemui di hampir keseluruhan premis malah keadaan lantai dapur memasak juga menjijikkan selain perkakasan berkarat ditempatkan berhampiran bahan masakan,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan hari ini.

Restoran nasi kandar yang telah beroperasi hampir 40 tahun itu adalah antara empat premis makanan yang diarah tutup selama 14 hari mengikut Undang-Undang Kecil Establishment Makanan 1991.

Kata Bawani, pemeriksaan di premis nasi campur serta restoran nasi daun pisang di Jalan Utama di sini, mendapati tikus dan lipas berkeliaran di bahagian dapur memasak serta tandas.

“Restoran nasi daun pisang itu sudah lebih lima kali dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan berhubung kebersihan namun masih tidak menunjukkan perubahan.

“Manakala pemeriksaan di premis makanan nasi campur pula membawa kepada penemuan puluhan anak lipas di tempat penyimpanan cili kisar,” ujar beliau.

Tambah beliau, pemeriksaan terhadap semua premis pada hari ini mendapati pemiliknya tidak melakukan kerja kawalan serangga sehingga menyebabkan urungan nyamuk, tikus dan lipas.

“Selain perangkap minyak yang tidak sempurna didapati ada pengendali makanan tidak mengambil suntikan typoid,” kata Bawani. MG

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini

“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…

Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker