Lapan individu termasuk CEO ditahan terlibat rasuah kuota pekerja asing
Lapan individu termasuk CEO ditahan terlibat rasuah kuota pekerja asing
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seramai lapan individu termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat teknologi maklumat berikutan disyaki menerima rasuah berjumlah RM800 hingga RM1,500 sebagai balasan membantu majikan atau ejen mendapatkan kuota pekerja asing.
Daripada jumlah itu, seramai enam suspek termasuk dua wanita ditahan reman selama tiga hari manakala dua lagi suspek masing-masing seorang lelaki dan wanita dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan diambil.
Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin menetapkan perintah reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 5 Ogos depan kepada keenam suspek terlibat di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.
Menurut sumber, syarikat teknologi maklumat itu dipercayai merupakan penyedia platform bagi permohonan pekerja asing dilantik kerajaan dan sudah terlibat dalam memproses kira-kira 345,861 kuota bagi tempoh Mei 2022 hingga 29 Julai 2022.
“Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berusia dalam lingkungan 50-an bersama seorang pegawai kanannya berusia 40-an serta enam lagi suspek ditahan malam semalam ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya.
“Dua wanita direman hari ini masing-masing berusia dalam lingkungan 40-an serta bekerja di syarikat agensi pekerjaan, manakala dua lagi suspek lelaki berusia antara 50 hingga 60-an merupakanpemilik syarikat agensi pekerjaan,” katanya di sini tadi.
Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tersebut.
Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009. K Online
Lapan individu termasuk CEO ditahan terlibat rasuah kuota pekerja asing
Baca Artikel Menarik:
- Beli senjata api guna alamat kurier, kontraktor dicekup
- Zaid kini di pihak Najib
- Hot FM tak ‘curi’ Johan, Fizi – Nazri
- Pesta kutip ribuan minyak masak paket terapung di Laut Jawa
- Ibu muda jual gambar lucah demi raih populariti media sosial
- Aween perit jadi mangsa santau
- Ajak Shiro Buka Kisah Lama Dedah Sikap Shahrol… Suruh Tolak Tawaran ERA Fm Tapi…[VIDEO]
- Suria FM tak profesional – Shahrol Shiro
- Warga Singapura langgar kereta Tunku Idris tampil beri keterangan
- Ahli Parlimen dakwa Sabah, Sarawak jadi tong sampah untuk polis bermasalah
- Zamri Vinoth mengaku tak bersalah mendatangkan kecederaan, ugutan jenayah
- Lelaki campak 3 budak, terjun MRR2
- Kisah Cinta Aedy Ashraf & Amelia Henderson Dah Berakhir?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini
“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…
Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok