Ziyad sumbang emas pertama Malaysia di Sukan APG

Ziyad sumbang emas pertama Malaysia di Sukan APG

SOLO: Jaguh olahraga para, Muhammad Ziyad Zolkefli menepati ramalan dengan menghadiahkan emas pertama Malaysia di Sukan Para Asean (APG) ke-11 hari ini.

Atlet berusia 32 tahun itu mempamerkan aksi bertenaga untuk muncul juara acara lontar peluru F20 (masalah intelektual) di Stadium Manahan di sini.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 dan juara dunia 2013 dan 2017 itu, mengesahkan emas menerusi lontaran sejauh 16.92m pada percubaan pertama.

Beliau terus konsisten dengan melakukan 16.80m, 16.88m, 16.63m, 16.78m dan 16.74m pada percubaan seterusnya, sekali gus membuktikan dominasinya dalam acara berkenaan.

Ads by Kiosked
Ini merupakan emas keempat Ziyad di APG sejak edisi 2013 di Myanmar dan Kuala Lumpur pada 2017, di mana beliau meraih emas dengan lontaran sejauh 16.81m.

Malaysia juga menguasai kedudukan pertama dan kedua acara itu apabila Mohamad Aliff Mohamad Awi melengkapkan hatrik pingat perak dengan catatan 13.46m. FMT

Ziyad sumbang emas pertama Malaysia di Sukan APG


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura

Hattan Tiada Masalah BBNU ‘Cover’ Lagunya, Bagi ‘Warning’ Awal-awal Tahan Telinga Jika Jahanam [VIDEO]

‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker