‘Serigala Merah’ tewas lagi
‘Serigala Merah’ tewas lagi
Hulu Bernam: Ikan baung merah atau lebih dikenali dalam kalangan penduduk sebagai ‘Serigala Merah’ tewas lagi pada tajur yang dipasang oleh pengawal keselamatan, Roslan Yatim Mustapa, 58, di Sungai Bernam dekat sini, hari ini.
Ikan baung seberat sembilan kilogram (kg) itu kemudiannya dijual dengan harga RM25 sekilogram kepada peraih ikan di Kampung Kuala Slim, Perak.
Roslan berkata, ikan baung itu berjaya ditangkap selepas tajur yang menggunakan umpan ikan keli dipasang pada petang semalam.
Menurutnya, pada awal hari ini dia dibantu anak lelakinya pergi melihat tajur dan tidak menyangka ikan baung berkenaan sekali lagi tewas di tajurnya.
“Saiz ikan baung kali ini kurang besar berbanding sebelum ini, namun saya tetap bersyukur dengan rezeki hari ini.
“Untuk menaikkan ikan baung terbabit ke atas bot, saya perlu berhati-hati dan terpaksa menggunakan mata kali tambahan berkenaan untuk mengelaknya terlepas,” katanya.
Roslan berkata, kehadiran ‘Serigala Merah’ itu memang membimbangkan nelayan darat kerana ia terkenal sebagai ikan pemangsa.
Semalam, video yang memaparkan isteri Roslan, Noraini Adnan,55, menunggang motosikal sambil membawa ikan baung merah tular di media sosial.
Ikan baung terbabit yang seberat 27 kg dijual dengan harga RM15 sekilogram kepada peraih ikan dan hasil jualan dijadikan sebagai pendapatan tambahan keluarganya. HM
‘Serigala Merah’ tewas lagi
Baca Artikel Menarik:
- Mat Tudung kembali beraksi
- Poor boy from ‘gangster town’ turns into top cop
- Rosyam Nor kendali Sembang Viral
- Kedai Cik B kena sihir lagi – Vida
- Tengku Zafrul bawa ‘gula’ untuk BN tawan Selangor
- 3 pesilat negara lakar nama sebagai juara baharu dunia
- Saya gam mereka dulu – Abon
- PRU dah nak dekat… – Ismail
- Tuntut naik gaji kufur nikmat terbesar, Cassa bidas Cuepacs
- MN Plus tidak perlu diungkit, sudah berlalu selepas PN wujud
- Hadi kata PH tipu manifiesto, Muhyiddin buat muka tebal seolah-olah tidak bersalah
- Agihan kerusi dalam PN, Muhyiddin kata pada PAS ‘lebih kurang minta halal’
- 1.2 juta warga China ‘hilang dari radar’, mana imigresen?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura
‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.