PRU15 sangat dekat 50 meter – Tok Mat

PRU15 sangat dekat 50 meter – Tok Mat

Lagi pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) memberi isyarat Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal berlangsung dalam masa terdekat.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan mengibaratkan PRU15 hanya berjarak ’50 meter’.

“Kita sudah hendak dekat dengan pilihan raya, sangat hampir, tidak 100 meter, sudah dekat 50 meter. “Jangan tak percaya, apa pun boleh terjadi.

Ada orang tak puas hati. Ada orang minta Timbalan Perdana Menteri tidak dapat. Macam-macam. Apa sahaja boleh berlaku. Jadi bersiap sedia,” kata Mohamad.

Beliau berkata demikan dalam ucapan perasmian penutup Konvensyen Puteri Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Mohamad, BN tidak boleh menunggu lama sehingga pihak musuh bersatu menentang parti itu pada PRU15.

Beliau mengingatkan bagaimana bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bermusuh pemimpin kanak DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh bersatu menentang BN pada PRU14.

“Musuh kita dalam keadaan yang ‘bercempera’ semua. Nak buat khemah besar tak jadi. Adalah halangannya. “Tetapi jangan tunggu lama-lama sangat.

Kalau tunggu lama-lama sangat nanti mereka akan dapat ilham untuk duduk bersama-sama menghadapi musuh bersama mereka Barisan Nasional. “Jangan tunggu dia cium mulut.

Siapa sangka Tun Dr. Mahathir boleh berpeluk dengan Lim Kit Siang musuhnya. Dia boleh jumpa Anwar nak tumbangkan BN. Jangan sampai begitu,” kata Timbalan Presiden UMNO tersebut.

Sementara itu, Mohamad yakin BN akan menang dalam pilihan raya umum akan datang berdasarkan petunjuk yang telah diperoleh melalui kejayaan parti itu di Sabah, Melaka dan Johor.

Kemenangan di ketiga-tiga pilihan raya itu memberi petanda bahawa rakyat mahu BN bangkit dan mentadbir semula kerajaan. Jelasnya, rakyat tidak lagi mahu mendengar cerita basi pembangkang mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kluster mahkamah. “Dia asyik nak nyanyi kluster mahkamah, kluster mahkamah dan 1MDB. Orang di Melaka, Johor sudah tidak peduli 1MDB.

Orang sudah tidak kisah. Bahkan orang menderu mengerum Datuk Seri Najib. “Orang sudah tidak kisah. Cerita sudah basi. Orang kata sudah terlampau dipergunakan. Dia nak cari apa lagi? Sudah tidak ada benda lagi,” kata Mohamad.

Dalam pada itu Mohamad mahu Puteri UMNO dan BN mempunyai mentaliti untuk menang. Kumpulan itu juga perlu mempunyai strategi dan gerak kerja yang boleh memenangkan BN pada PRU15 nanti. MG

PRU15 sangat dekat 50 meter – Tok Mat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker