UMNO, BN Bergerak Solo Pada PRU15 – Mahdzir
UMNO, BN Bergerak Solo Pada PRU15 – Mahdzir
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan bergerak solo bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kecuali pucuk pimpinan memutuskan sebaliknya.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, cadangan untuk bergandingan dalam Muafakat Nasional (MN) Plus terhenti apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menubuhkan Perikatan Nasional (PN).
Justeru, buat masa ini, UMNO dan BN, kata Mahdzir, kekal dengan pendirian berkenaan.
Dalam masa sama, Mahdzir menyifatkan, agak sukar buat UMNO dan BN untuk kembali pada gagasan MN memandangkan politik negara bersifat dinamik.
“Setakat ini BN dalam perkiraan pilihan raya atas sifat (bergerak) solo, walau bagaimanapun terpulang kepada apa keputusan parti.
“Saya ingat kita usahlah mendebatkan perkara ini terutamanya di sosial media. Kalau ada patut kita bercakap, bersemuka… kalau patut kita cakap bersemuka maka elok kita cakap secara bersemuka ” kata Mahdzir.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Luar Bandar di sini, pada Ahad.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Terap menegaskan, perkara itu seharusnya tidak diungkit Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana sudah lebih setahun berlalu.
Muhyiddin, pada Sabtu mendakwa, UMNO merupakan pihak yang membuat keputusan menolak Bersatu dan Pas daripada menyertai MN.
Pengerusi PN itu yakin sekiranya kerjasama parti Melayu Islam (UMNO, Bersatu dan Pas) dalam MN benar-benar terjalin, kemenangan selesa lebih dua pertiga boleh dicapai pada PRU15.AA
UMNO, BN Bergerak Solo Pada PRU15 – Mahdzir
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- What are the motives of Mahathir withdrawing review of Batu Puteh?
- “Top 5” bertemu, tanda pilihan raya makin dekat
- Scammer menyamar jadi Wan Junaidi
- Langkawi cuba haramkan UMNO, paksa lompat ke PPBM – Nik Nazmi
- Harga minyak masak boleh diturunkan, idea Najib betul
- Perokok tiada hak, kesihatan rakyat lebih utama
- Tuntutan Cuepacs beri kesan terhadap kerajaan pada PRU – bekas KP JPA
- Guru dipercayai maut selepas gaduh
- Pengerusi NGO diserang setelah lapor penyelewengan Penjana Kerjaya ke SPRM
- Pinjam duit mentua bayar upah cubaan bunuh isteri sendiri
- 2 anak Allahyarham Jamaluddin Jarjis berjaya batalkan saman nenek
- Amanda Manopo selebriti panas
- Abang kawasan asal Kelantan ugut penjaja wanita akhirnya dikutip polis [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.