PRU15: ‘Fresh Face’, BN Perlu Tampilkan Lebih Banyak Muka Baharu – Ahmad Zahid

PRU15: ‘Fresh Face’, BN Perlu Tampilkan Lebih Banyak Muka Baharu – Ahmad Zahid

Barisan Nasional (BN) perlu menampilkan lebih banyak muka baharu bagi calon dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Pengerusi BN itu, menampilkan muka baharu sebagai calon PRU telah terbukti berjaya mendapat sokongan rakyat dalam siri Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.



“Realiti yang berada di hadapan kita ialah kalau mahu menang, muka-muka baharu mesti diketengahkan lebih ramai lagi.

“Ini terbukti dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka apabila 87 peratus muka baharu hasilnya kita menang lebih tiga perempat majoriti di Melaka.

“Di Johor, 73 peratus muka baharu kita menang dua pertiga. Insya-Allah muka baharu faktor beri harapan baharu kepada pengundi BN,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Puteri BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WCTKL), di sini, pada Ahad.

Sementara itu, mengulas mengenai pembahagian kerusi BN dalam menghadapi PRU15 pula, kata Ahmad Zahid, lebih banyak peluang akan diberikan kepada sayap Puteri, Pemuda dan Wanita UMNO.



Bagaimanapun, ujar beliau, calon berpotensi menang juga akan diambil kira dan diberi peluang.

“Acuan atau template yang kita lihat di PRN Melaka dan Johor itu merupakan acuan yang terbaik dan kita akan lakukan lebih baik daripada itu.

“Saya fikir kita utamakan ‘fresh face‘ walaupun kita faham bahawa berlaku tsunami politik dalam PRU14.

“Ada juga calon kitar semula menang di Melaka dan Johor, jadi tidak semestinya semua calon kitar semula itu tidak baik, saya fikir kombinasi itu baik,” tambah Ahmad Zahid.AA



PRU15: ‘Fresh Face’, BN Perlu Tampilkan Lebih Banyak Muka Baharu – Ahmad Zahid

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker